Friday, November 28, 2008

Rokok Oh Rokok

Bukan mudah meninggalkan apa yang bersarang di jiwa sejak 24 tahun lalu, rokok menjadi sahabat karib. Teman di saat suka dan duka. Saya mula menghisap rokok seawal usia 14 tahun. Saya masih ingat ketika itu cuti penggal dan saya gunakan garaj kereta 708 sebagai sarang melepaskan gian. Dalam usia semuda itu, segalanya ingin mencuba.

Alasannya mudah, ingin jadikan rokok sebagai perangsang untuk belajar dengan lebih tekun. Sejujurnya ketika itu saya tidak pernah menghisap rokok di asrama atau kawasan persekitaran sekolah. Saya berani selepas habis SRP.

Sejak tiga minggu lalu, sebatang rokokpun tidak saya sentuh. Satu permulaan yang baik. Godaan tetap ada tetapi saya kena fokus kepada apa yang sedang dilakukan....berhenti merokok. Ia bukan perkara mudah. Kalau culas, mungkin sekali lagi saya akan tewas. Kekadang terbayangkan Dunhill, Marlboro dan Salem. Tiga jenama yang sering melengkapi bibir saya sejak dulu.

Dulu pernah berhenti lama juga, hampir dua tahun. Tetapi ia kantoi semula bila saya pergi cuti sorang-sorang. Tidak ada kawan, akhirnya rokok jadi peneman. Dengan tugasan di luar di tempat yang terpencil, ia menjadi dugaan. Paling berat untuk meninggalkan rokok ketika berkhemah dalam hutan. Tembakau mempunyai peranan, selain menghalau nyamuk dan unggas ia mempunyai nilai perubatan seperti menghentikan pendarahan akibat gigitan pacat dan sebagainya.

Rokok oh rokok....mungkinkah kita akan bercerai talak tiga.

1 comment:

Anonymous said...

kuatkan semangat & doa byk2..moga dpt terus cerai talak 3 dan tak rujuk2 balik dgn rokok..hehe...

prevention is better than cure..hidup hanya sekali..biarlah kita hidup dgn sihat dan ceria hingga ke akhir hayat..kualiti hidup itu lebih penting dari kuantiti hidup...moga kita semua diberi kesihatan yang terbaik untuk terus beramal padaNya=)