Thursday, November 6, 2008

cerpen4

Di ruang dapur sambil menyusun kayu api, Che Nab bersuara.

"Mak Wan, saya kesian tengok Maria. Asyik sedih aja. Saya takut dia tu dalam hari, kan kalau dibiar boleh kena gila meroyan".

"Ish Che Nab, jangan cakap macam tu. Kita doalah dia. Saya bimbang jugak, tapi kita berusaha. Che Nab, ingat ni rahsia dalam rumah ni. Biar pecah perut, jangan pecah mulut. Ku Esah dua pupu saya. Saya msa ambil Maria dah janji tidak akan beritahu yang Maria ada di sini. Kesian kat Maria. Anak tu pangkat cucu saya".

Che Nab angguk tanda faham.

"Aku ni Che Nab geram sangat kat Tengku Jalil. Apa guna jantan. Kalau dah kahwin kena bertanggungjawab. Ini macam lembu kena tarik hidung. Masa nak bukan main. Dia tak tahu ke dosa besar tinggalkan Maria. Orang tu saudara baru. Kalau dia murtad, heeee nauzubillah".

Mak Wan merengus. Che Nab tekun mendengar leteran.

"Sebab tu saya dengan Pak Cik tidak sanggup biarkan Maria terumbang ambing. Kami anggap dia macam anak sendiri. Banyak pahala tolong orang macam ni Che Nab. Tujuh bulan dia di sini, saya tidak pernah abaikan dia."

Mak Wan berdiri dengan baju kurung teluk belanga berkanji. Che Nab terus menyalakan api dapur kayu.

Biarpun hanya orang gaji, Che Nab banyak menyimpan rahsia rumah besar potong Belanda itu. Dia faham perangai Mak Wan, seorang yang tegas walaupun air mukanya nampak lemah lembut.

Dulu semasa terserempak dengan Tengku Jalil sewaktu kenduri di rumah ipar Mak Wan, Syed Derahman, kalau tidak ditahan Che Nab, mungkin Tengku Jalil merasa penampar orang tua tu. Masa tu Maria baru dibawa pulang. Dia faham sangat majikannya, piut Sultan yang ada masanya akan jadi garang macam singa betina.

"Che Nab, bawak mari pucuk pegaga, daun mengkudu dan daun kunyit. Saya nak racik. Lepas tu goreng ikan masin dan tumbuk lada hitam. Saya tahu Maria kuat pantang. Kalau kita kata itu tak boleh makan, dia ikut. Bagus budak tu".

"Aku ni Che Nab bila dia ada rasa meriah rumah ni. Nongpun nampak ada saing. Aku dah cakap dengan Pak Cik, kami nak buat rumah kat Maria. Biar dia rasa dihargai. Kami sayang sangat."

Che Nab faham sangat sikap majikannya. Rumah dia duduk sekarangpun, pemberian keluarga tu. Sebab tu dia tidak pernah merasa seperti pekerja. Susah senang, sakit demam, keluarga inilah tempat dia mengadu.

bersambung

4 comments:

Anonymous said...

wah..byk nya entri baru..tp dlm masa 5 minit dah abes khatam semua dah...hehe...balik kuliah dah penat,jadi bila dapat baca selain daripada medic lapang sket kepala..=)

panglipurlara said...

SAYA TERPAKSA TANGGUHKAN PEMERGIAN KE MESIR...CERPEN NI EKSTRAK NOVEL SAYA...INSYA ALLAH AKAN DITERBITKAN MENJELANG 2010

panglipurlara said...

SAYA TERPAKSA TANGGUHKAN PEMERGIAN KE MESIR...CERPEN NI EKSTRAK NOVEL SAYA...INSYA ALLAH AKAN DITERBITKAN MENJELANG 2010

Anonymous said...

ooo..begitu ke..xpela...kami pon insya allah ada setahun setengah lagi kat sini...oww,ni novel sulung ke?moga semua urusan dipermudahkan dan cepat2 diterbitkan