Sunday, September 28, 2008

Raya Lagi

Bahang beraya mula terasa. Hari ini bila masuk pejabat, ramai yang telah mula bercuti. Jalanraya juga semakin lenggang. Yang ketara sibuk adalah pusat membeli belah, orang ramai tidak pernah susut.

Hari raya @ aidil fitri @ hari lebaran @ eid mubarak, menyimpan seribu satu nostalgia. Ramai yang mempunyai kenangan manis. Tidak kurang pula yang akan menitis air mata kerana, ia akan mengimbau saat-saat yang mungkin mengusik emosi...

Saya telah membuat keputusan, seperti tahun lazimnya akan bekerja di hari raya, cara terbaik untuk saya. Pagi tadi saya terima sms dari seorang kawan yang mengucap Selamat Hari Raya, sms ringkas turut memberitahu yang dia akan ke Korea Selatan pada Aidil Fitri ini....Mungkin menjadi trend, bagi mereka yang mempunyai memori tersendiri berjauhan di Hari Lebaran, sedikit sebanyak boleh mengubat kesedihan.

Saya sendiri merancang untuk berada jauh selepas bekerja, tetapi ia tidak kesampaian kerana bajet lari dek kereta dan handphone.

Pelawaan seorang teman, untuk saya beraya di kampung halamannya pada hari raya ketiga, saya sambut dengan tangan yang terbuka. Terima kasih, kawan.

Cuma selepas itu, saya mungkin akan pergi ke Pulau Perhentian, adakalanya berkunjung di musim tengkujuh memberi satu kepuasan. Angin, ombak dan hujan selama ini sedikit sebanyak mengajar saya mengenal erti kehidupan. Sudah hampir setahun setengah tidak ke sana. Dulu, berkunjung ke pulau itu termasuk dalam kalendar cuti saya...jauh dari hiruk pikuk. Ada sesuatu yang memerlukan saya mencari ketenangan dan bersendirian.....Perhentian, aku kembali lagi.





Thursday, September 25, 2008

mangkuk tingkat



Murah rezeki di bulan Ramadan..siang tadi, Puncak Niaga menghantar juadah berbuka puasa kepada kami di pejabat. Ramai yang teruja dengan apa yang dibawa dan diagihkan. Persembahan yang begitu berbeza...apa tidaknya makanan yang dibawa disi dalam bekas tenong(bahasa Terengganu)@ mangkuk tingkat.

Seingat saya sudah hampir 25 tahun tidak menikmati juadah yang dimuatkan dalam mangkuk tingkat. Dulu kalau kami pergi ke mana-mana terutama berkelah atau berkunjung ke rumah keluarga, mangkuk tingkat menjadi kemestian. Begitu juga kalau sesiapa yang masuk ke hospital, mangkuk tingkat selalu dibawa bersama untuk mengisi buah tangan. Masa tu tidak ada hamper, hopsitalpun tidak secanggih sekarang...mana ada kiosk kat hospital.

Selepas menerima habuan masing-masing, ramai yang senyum meleret...kerana ia menyimpan 1001 nostalgia.

Mungkin selepas ni ramai yang datang kerja membawa bekal yang dimuatkan dalam mangkuk tingkat...kita ubah cara hidup, walaupun harga minyak dah turun 25 sen.




Wednesday, September 24, 2008

analisa pilihanraya

Peluang untuk menulis terus datang. Terbaru, saya diberi ruang untuk memuatkan rencana yang akan disiarkan pada Disember ini.

Ia satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan, diberi pula topik yang telah lama ditinggalkan, politik Pas di Terengganu, fokus pada pilihanraya ke 12.

Kepenatan bekerja di siang hari, hilang dek kesibukan pengumpulan bahan. Salah satu cara yang baik untik menghindarkan diri dari elemen negatif.

Tuesday, September 23, 2008

Kisah Darfur



Berada di Nyala, Darfur, Sudan selama dua minggu, satu lagi pengalaman yang sukar digambarkan dengan perkataan maupun tulisan. Satu tempat terceruk yang berdepan dengan pelbagai krisis. Bencana yang dianggap bala kemanusian paling buruk di alaf ini. Kedhaifan dan kemiskinana ada di mana-mana.

Kali pertama soalan yang berlegar sewaktu sampai, sukarnya hidup di padang pasir. Tetapi yang membanggakan mereka mampu menguasai ilmu agama dan bacaan al Quran.

Saya pergi bersama Dewan Pemuda Masjid Malaysia untuk Tabung Dapur Darfur anjuran bersama dengan STMB, TV3, pada Disember lalu. Sepanjang berada di sana, banyak yang dapat dirungkai, paling ketara, ketidaktepatan gambaran media Barat terhadap apa yang berlaku. Barat seperti biasa melihat krisis di Sudan sebagai umpan untuk campurtangan ke atas urusan dalaman negara itu. Wal hal, mereka juga memainkan peranan yang suka menangguk di air keruh.

Pengalaman ini ingin dikongsi melalui penerbitan, tetapi saya berdepan dengan masalah bila thumb drive yang saya simpan, gagal dikesan. Tetapi hasrat saya untuk berkongsi cerita duka ini, jika dizinkan Tuhan, insya Allah akan kesampaian.

Saya harap akan diberi peluang kedua untuk ke Darfur.....Kalau boleh saya ingin lama di sana walaupun adakala nyawa ibarat telur di hujung tanduk. Prinsip saya mudah, kematian di mana-mana. Kalau di gurun Sahara ditakdirkan dijemput Izrail, saya rela berkubur bersama mereka.

Berbanding dengan penderitaan pelarian, apalah sangat pengorbanan yang saya dapat dilakukan. Jauh sekali untuk dinisbah dengan kesusahan yang terpaksa mereka pikul....Secebis penulisan, mungkin dapat membantu meringankan beban mereka.

Tangan ini akan terus berbicara, inilah kerja wartawan....atas nama prinsip kemanusian dan khairat sejagat, saya akan menulis dan terus menulis.

Paling tidak, ketajaman mata pena mampu memberi sedikit sinar kepada mereka.

Darfur...saya akan kembali lagi untuk kali kedua.

























Menjadi Penulis

Bukan mudah menjadi penulis. Dahulu semasa di Utusan Malaysia, saya pernah bertanya dengan seorang kawan, bagaimana menjadi penulis. Kawan saya yang juga seorang novelis memberitahu, selain bakat kurniaan Tuhan, menulis perlu digarap...Menjadi penulis kita perlu peka dengan segalanya.
Saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seseorang yang menyumbang kepada penulisan kreatif dan insya allah akan cuba menjadikannya impian sebelum usia mencecah 40 tahun, ia bermakna masanya tidak sampai 14 bulan dari sekarang.
Pagi tadi saya menelefon seseorang, berkongsi cerita. Selain bengang dengan hp saya yang asyik rosak, ada sesuatu yang menarik mengenai kehidupan untuk dikongsi. Nasib dan takdir kita yang berbeza memungkinkan penulisan dizahirkan. Hidup ini penuh dengan kisah, selepas perbualan tamat, saya mendapat idea, ada sesuatu yang mampu dilakarkan melalui tulisan.Sambil menyiapkan diri ke pejabat, saya merangka plot cerita....
Semoga illusi dan idea terus datang...seperti biasa ia akan bertandang ketika saya keseorangan, sambil merenung di tingkat, jauh ke lebuhraya. Selepas ini apa yang sering limpas, mungkin tidak ada lagi.

Friday, September 19, 2008

mercun@raya

Dah nak masuk 19 hari berpuasa. Ia bermakna tidak sampai sepuluh hari lagi umat Islam akan menyambut Eid Mubarak atau Aidil Fitri. Kesibukan semakin ketara. Kemeriahan untuk menyambut hari raya semakin terasa. Setahun sekali.

Tetapi ada sesuatu yang tidak enak didengar menjelang Hari Lebaran, berlaku saja insiden yang membabitkan mercun. Hairan setiap tahun ada saja yang buta, kudung, hangus dan sebagainya tetapi masyarakat kita seolah-olah tidak serik.

Apa relevannya bunga api dan mercun dengan Hari Raya? Jawapan yang telah lama dijawab tokoh agama dan budayawan....ia bukan budaya Islam dan Melayu. Telah berbuih nasihat para mufti, tetapi ibarat menuang air ke daun keladi.

Paling menyakitkan hati mercun dibakar di kawasan perumahan. Saya ada idea kepada golongan ini. Kalau nak sangat meraikan, cuba bakar mercun dalam rumah, panggil semua suku sakat, berkumpul, lepas tu cuba hayati bunyi bingit dan asap yang berkepul, jangan buat ditempat awam. . .kalau rasa tidak selesa, macam itulah jiran-jiran rasa.

Saya nyaris hilang sabar tadi, apabila mercun dibakar di halaman taman di depan apartmen saya. Lebih bangang lagi, ia dibakar jam 11 pagi...hilang akal ke apa?. .

Tuesday, September 16, 2008

Balik Semula ???

"Dulu awak mangsa keadaan, sekarang situasi sudah berubah". Kata-kata ringkas dari immediate superior sewaktu jumpa sebaik habis mesyuarat pagi tadi.

Saya memahami maksud itu secara mendalam, secara peribadi saya amat mengetahui kesulitan yang dilalui beliau. Di tempat yang saya pernah dipinjamkan sebelum ini, terlalu banyak masalah.
Lebih memburukkan keadaan tingkah laku mereka yang terlalu mentah dalam bidang ini, tetapi enggan menerima pandangan dan tunjuk ajar. Mereka lupa kepada prinsip kewartawanan apatah lagi memahami skop tugasan. Tetapi saya rasa kebanyakan mereka sebenarnya tidak tahu, apa itu kewartawanan. Mereka ingat pergi tugasan, balik dan tulis. Pengisian dan kandungan, entah apa-apa. Tetapi yang memualkan mereka berlagak pandai. Penguasaan pengetahuan am dan isu semasa amat rendah. Tetapi amat cemerlang dalam bab gosip dan umpatan.

Sesuatu yang menjengkelkan, bila kelemahan itu enggan diperbaiki. Sebaliknya, ia cuba ditutupi dengan membalas dalam serangan berbentuk peribadi. Nasib mereka agak baik kerana pada ketika itu, terdapat seorang bos, yang mana telinganya hanya satu.

Hasilnya, setiap pandangan saya kepada bos ini, untuk mempertingkatkan produk kami, tidak pernah diambil kira, termasuk tindakan disiplin kepada mereka yang ponteng, mc palsu, menyalahguna kepentingan syarikat dan lain-lain. Lebih malang saya pula dipersalahkan. Sekarang bos berkenaan telah bla...(ramai yang mendoakan dia bla. Bahkan ada antara kami tidak maafkan kerana mulut dan hati dia yang jahat) tetapi spesis yang dibela dan diternak masih merewang dan berkeliaran, Saya percaya mereka tidak ada nilai pasaran di luar. Hanya menjadi tin kosong.

Fitnah lebih tajam dari mata pedang....saya telah lalui itu semua, sewaktu 10 bulan berada di sana. Kepada kaki canang, sayang seribu kali sayang, kerana kamu sendiri merosakkan karier diri sendiri.

Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup. Jangan lupa dunia ini bulat dan kehidupan kita yang berputar...kamu semua masih baru.

Kini selepas setahun dipulangkan ke ganggang, dengan iltizam yang ada, tidak mungkin saya akan pulang ke sana lagi, walau apa jawatan yang ditawarkan.




Monday, September 15, 2008

LCCT

Semalam, saya cuti sehari. Terfikir lama tidak ke Negeri Serendah Sekebun Bunga...nama Kelantan dalam teks klasik. Selepas kira conggak, kelmarin saya dapatkan tiket Ait Asia secara on line. Jauh lebih baik dari memandu ke sana.



Saya pergi dengan penerbangan AK 6320, bertolak jam 7.30 pagi dan balik dengan AK 6931, penerbangan terakhir, 10.30 malam, pada hari yang sama.



Bagi menjimatkan perbelanjaan kerana perlu bertolak dari rumah di awal pagi, saya memandu dan kemudian, meletak kereta di kawasan yang ditetapkan.


Pergi dan balik, segalanya berjalan lancar.


Tetapi bila balik, masalah yang sama dan mungkin dengan sinonim dengan LCCT berulang lagi.


Perkhidmatan yang ditawarkan jauh ketinggalan. Di malam hari saya tercari-cari jalan keluar, tanda anak panah tunggang terbalik, selepas seketika akhirnya saya temui jalan keluar.



Ini kali pertama saya parking kereta di LCCT.


Bila nampak mesin autopay, saya keluar kereta untuk bayar. Pada masa ini berlaku bab yang kurang menyenangkan. Saya cuba masukkan cip ke dalam mesin. Belum sempat ada suara tinggi, " Tu parking sekejap ke parking sehari". Saya terkejut kerana masih belum pekak lagi. Saya cuba kawal kemarahan dan membalas dengan perlahan, "sehari". Dia jawab, " Kalau sehari bayar kat kaunter", tinggi lagi suara.






Kesabaran saya teruji. Tidak ada budi bahasa. Saya bukan hendak memperlekehkan, jauh sekali memandang rendah, tetapi itu kerja dia, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kalau si mamat yang jaga parking tahu apa perkhidmatan yang ditawarkannya, tahu apa tugas dia. Ini kelemahan LCCT, sering ketinggalan dari segi servis.



Paling malang, kelemahan LCCT bukan setakat itu, malah jalan keluar juga amat merbahaya, terutama bagi mereka yang sekali sekala ke sana. Gelap dan bersimpang siur.








Friday, September 12, 2008

cuti raya


Saya benar-benar kelewatan sampai ke pejabat hari ini. Bukan sesuatu yang disengajakan, tetapi ada kematian di Sungai Pencahala. Sejurus selepas sembahyang Jumaat, sabagai tanda takziah, saya menziarahi arwah yang kembali ke rahmatullah ketika berusia 42 tahun kerana serangan jantung. Innalillah wa Inna ilahi rajiun.


Jam 4 petang saya masuk ke kantor. Tetiba kawan, Peyot beritahu kena booking cuti raya. Dia hendak kerja pada hari raya pertama dan kedua. Tetiba ramai yang sukarela hendak bekerja di hari raya. Kami kira conggak, ada 5 orang yang akan bekerja untuk dua shif pada hari berkenaan. Kekawan memujuk supaya saya ambil cuti raya, kerana saya jarang cuti sama ada pada Aidil Fitri atau Aidil Adha.


Saya kata, minta maaf, saya tidak akan berhari raya, cukup rasa suasana di pejabat. Saya buat pilihan akan bekerja di pagi raya. Jam 6 petang dah boleh balik. Bab ni paling tak tahan tengok, datang ofis pagi-pagi, nanti nampak junior akan bercucuran air mata, dengan pakaian sedondong. Saya macam biasa cukup sekadar jeans dan t- shirt.


Kawan-kawan masih tidak puas hati. Minta alasan. Baik, saya kata sebab saya nak kerja pagi kerana, tak nak jumpa orang dan saya tidak ada baju melayu.


Hari raya kedua bekerja shift petang sebab nak tidur lebih.


Mereka tanya lagi, kenapa cuti lama sangat lepas tu, dari 3 hingga 11 Oktober? Saya terkedu dan bagi jawapan, bukankah sebelum ini selepas orang lain beraya, saya akan bercuti. Ke mana dan di mana, biarlah rahsia. Seperti biasa, akan berada jauh dari mereka yang mengenali saya. Membawa diri dari bahang Aidil Fitri kerana bagi saya, ia menyimpan kisah tersendiri. Biarlah kisah itu terus tersimpul di ruang memori.........




IF YOU GO AWAY...

If you go away

On this summer's day

Then you might as well

Take the sun away

All the birds that flew

In the summer sky

When our love was new

And our hearts were high

And the day was young

And the nights were long

And the moon stood still

For the night bird's song


If you go away

If you go away

If you go away...



But if you stay

I'll make you a day

Like no day has been

Or will be again

We'll sail on the sun

We'll ride on the rain

And talk to the trees

And worship the wind



But if you goI'll understand

Leave me just enough love

To fill up my hand



If you go away

If you go away

If you go away...

If you go away

As I know you will

You must tell the world

To stop turning'til you return again



If you ever do

For what good is love

Without loving you?

Can I tell you now

As you turn to goI

'll be dying slowly'til the next hello



If you go away

If you go away

If you go away...



But if you stay

I'll make you a night

Like no night has been

Or will be again

I'll sail on your smile

I'll ride on your touch

I'll talk to your eyes

That I love so much

But if you goI won't cry

Though the good is gone

From the word goodbye


If you go away

If you go away

If you go away...



If you go away

As I know you must

There is nothing leftIn this world to trust

Just an empty room

Full of empty spaceLike the empty look

I see on your face

And I'd been the shadow

Of your shadow

If you might have kept me

By your side

If you go away



If you go away

If you go away...

If you go away

If you go away...

Thursday, September 11, 2008

Charm Kafe




Crispy Fried Noodles, Dakhlak Coffe dan Biskut Marie...



Keperluan kerja menyebabkan saya lebih banyak berbuka puasa di luar berbanding di rumah. Siang tadi, ingin sekali ke bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail, mencari nasi kerabu Mak Cik Senah. Belum sempat keluar, ada satu pelawaan yang sukar saya tolak. Selain O'Brien, untuk saya makan sandwic dan Irish Brew Coffe, ada sesuatu lagi yang sukar saya tolak. Crispy Fried Noodles dan Dakhlak Coffee di Kafe Charm, yang menghidangkan 50 peratus makanan Vietnam.....pelawaan Nuyul terus saya sambut dengan kata, " ok kita buka puasa di sana".



Dakhlak Coffee mempunyai rasa dan aroma tersendiri, untuk menghilangkan rasa pahit, diberi sekeping biskut marie. Kopi ini agak keras, sesuai dengan saya yang ketagih. Saya lebih suka diambil kosong dengan erti kata lain tanpa susu pekat manis atau gula. Baru ada kick.





Kenikmatan kopi Hai Peng tetap berada dalam kelas tersendiri..


Tetapi sehebat mana kick kopi Vietnam, kopi Hai Peng yang dibawa khusus dari Kemaman, Terengganu tetap di tangga teratas.



207, kalau hendak mencuba boleh minta dari saya....

Akal

Patung manusia di Mayor Plaza, Madrid






Hidup adalah satu anugerah. Walau apa sekalipun perjalanan yang mencorakkan, ia adalah satu amanah. Setiap individu mempunyai pengalaman pahit dan manis. Segalanya perlu dilihat secara positif. Jika tidak kita tidak dapat merasakan apa sebenarnya nikmat hidup.


Secara relatif, setiap antara kita akan berkongsi cerita yang indah dan secara subjektif pula semua manusia yang waras pernah melalui saat-saat yang menyakitkan. Di saat sebegini kerasionalan akal memainkan peranan penting dalam membuat penilaian.

Dahulu saya pernah mengambil satu kertas sewaktu di universiti, Ethics of Philosophy...Falasafah atau falsafah, adalah satu pencarian akal manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan dalam hidup. Sesuatu yang lama dibahaskan, Socrates masih dianggap pelopor bidang ini. Tetapi tahukah kita yang Socrates yang diagungkan akhirnya membunuh diri dengan meminum racun selepas berdebat dengan pengikut Scoitisme, mengenai akhlak manusia. Berkorban demi idea dan prinsip. Persoalannya, mengapa manusia sebijak itu mengakhiri hidup dengan tragis. Perlukan hidup dikorbankan kerana perbezaan pemikiran, walhal kita hanya mempunyai satu nyawa dan satu kehidupan di dunia?


Sesuatu yang menarik mempelajari falsafah yang sentiasa berbahas dan berhujah dalam menuju utopia, ia kekadang terlalu idealistik. Sedangkan realitinya amat berbeza.


Renung-renungkanlah....

Tuesday, September 9, 2008

call back

Off day selama dua hari dan cuti sehari...wow bestnya terutama di bulan Ramadan. Hari ni dah lebih seminggu berpuasa, maaf sejak beberapa tahun lalu, saya tidak mengira, sedar-sedar malam tujuh likur.

Tetiba sewaktu lepak tadi dapat call dari Mak Cik, boleh tak datang ofis dan siapkan tugasan awak. Aduh......saya kata, " ala kan hari ni off day".

Dengan muka mamai saya terus ke pejabat, walaupun memakai jeans, t shirt planet dan sneaker, dah malas nak gosok baju. Kalau hari-hari boleh sempoi macam ni kan best.

Sebaik habis buat tugasan, tetiba teringat nak pergi bazar ramadan di Taman Tun Dr. Ismail. Setakat ini saya tidak pernah ke mana-mana bazar ramadan. Saya sebenarnya dah serik, selain mahal kekadang makanan yang dijual tidak sedap....betul tak 207, awak dah terkena kan. Satu lagi, jalan jam sebab orang ramai berpusu-pusu.

Monday, September 8, 2008

Motivasi

"Ular kalau menyusul akar tidak akan hilang bisa". Terpacul peribahasa dari mulut kawan lama, Kamarul. Ringkas tetapi mempunyai maksud yang begitu mendalam. Yang pasti dia tahu saya bukan ular dan jauh sama sekali suka menular.



Ular adalah perumpaan walaupun menempuh kesukaran, kita tabah dan tahu yang mana satu kawan serta yang mana satu lawan. Ia juga perlambangan kepada survival.


Saya teringat kata-kata ringkas, kalau tidak silap saya bekas ahli politik Britain, Lord Palmerston, dalam politik, kawan jadi lawan, lawan jadi kawan, yang kekal hanya kepentingan.


Saya tidak bersependapat dengan akronim ini kerana persahabatan yang jujur dan ikhlas perlu melangkaui kepentingan....


Keikhlasan tidak dapat diukur...hanya masa masa yang menentukan.

Nargis


Kami dikejutkan jam 4 pagi. Pergi sahur. Jumpa Wuri lagi. Kali ini lagi ramai kawan baru. Jumpa Danny dan Akhbar dari RCTI. Sembang sedikit sebelum saya minta izin untuk keluar hisap rokok.Di sini imsak awak, lebih kurang 4.30 pagi. Lepas itu sambung tidur semula.



Jam 7.30 pagi kami bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon bersama rakan dari pelbagai negara Asean. Lebih 27 orang. Ada yang pergi dengan helikopter dan ada yang naik bas. Kami dibawa dari hotel ke lapangan terbang dengan bas yang dihias….saya tertanya dalam hati, mungkin bas ini semata-mata dihias untuk kami.

bas yang paling baik disediakan untuk kami

Sebaik sampai terpaksa menunggu Sekreatariat General ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan yang tiba dari Bangkok. Kami akan ke Seik Kji dan Tow. Di sini saya terpaksa berpisah dengan Jiun kerana dia terpaksa melalui jalan darat sedangkan saya naik helikopter.Lama tidak naik. Kali terakhir 6 tahun lepas di Kota Kinabalu.




Perjalanan ke destinasi pertama mengambil masa 30 minit. Cuaca hujan renyai-renyai. Tetapi saya rasa ok, tidak rasa takut. Tetapi hari ini benar-benar menguji kesabaran saya untuk berpuasa. Ramai juga yang terpaksa kantoi kerana tidak tahan dengan keadaan cuaca. Sebaik mendarat, kami berjalan kaki ke Sekolah Seik Kji. Kesan pemulihan nampak ketara. Tetapi sesuatu yang menyentuh perasaan mereka begitu ketinggalan. Tinggal di rumah berdindingkan buluh dan beratapkan genting. Saya ada ambil gambar tetapi ter"delete". Saya pernah berada di Aceh dan Bantul di Jogjakarta sewaktu gempa bumi di sana. Dengan gambaran fizikal, saya dapat merasakan betapa rakyat Myanmar jauh ketinggalan dari segala segi. Itulah bahana pemerintahan tentera. Kebebasan akan disekat. Bila ini berlaku, minda rakyat akan dapat dikawal dan mudah bagi pemerintah membelenggu secara kuku besi.




Hampir dua jam di perkampungan ini. Kami dimomokkan dengan pelbagai acara. Saya beritahu Danny dari SCTV, yang ini semua adalah lakonan. Sebelum ke Tow, kami diarak ke sana ke sini dengan kenderaan yang disediakan. Sebelum beredar kami dibawa ke kuil Budha. Ada majlis penyerahan bantuan dan pelbagai lagi. Saya cuba bertahan puasa akhirnya tertidur di kaki lima kuil.




Sejurus selepas itu, saya naik lagi helikopter, kali ini ke Tow. Penerbangan mengambil masa 15 minit. Tetiba sampai cuaca panas giler. Ia merupakan kawasan penempatan semula. Lebih tersusun. Ingin sekali bertegur sapa, tetapi sekali lagi ayam berjumpa itik. Di kawasan ini pertama kali dalam hidup, saya lihat babi yang diternak ditambat. Walaupun macam tu babi tetap babi, walau dikat sekalipun ia tetap gemuk.


wajah-wajah dengan 1001 kisah kehidupan


Selepas Tow, kami semua kepenatan. Akhirnya terbang pulang ke Yangon. Terlalu banyak untuk diungkapkan bagi mengungkai penderitaan penduduk Myanmar. Tetapi di atas faktor tertentu tidak dapat banyak yang dapat dilakukan.

Sebagaimana Aceh, saya berjanji akan pulang lagi ke sini.

Saya juga berharap akan dapat kembali menjejaki kaki ke bumi Darfur. Tempat sebegini memberi banyak pengajaran dalam mencari erti kemanusian. Kebuluran, persengketaan, kesengsaraan adalah isu sejagat.

Di kesempatan yang lain, saya akan cuba berkongsi pengalaman berada di Darfur sebelum ini. Tercari-cari di mana saya letak thumb drive..kerana banyak gambar semasa di sana, disimpan.


Sunday, September 7, 2008

Yangon

"Pemimpin kaya, tetapi rakyat miskin, itu tidak sepatutnya berlaku dalam konteks negara sosialis." Saya jawab betul Mamoo. Perbualan ringkas sebelum saya memasuki kapal terbang untuk membuat tugasan di Yangon.

Bab ni saya menang kerana Mamoo tak pernah menjejaki kaki ke Myanmar. Kalau bab Indo China, seperti Vietnam dan Kemboja saya kena "salute" sebab Mamoo pernah tinggal di sana.

Baiklah berbalik semula cerita perjalanan saya ke Myanmar, penerbangan mengambil masa 2 jam lebih. Sepanjang masa saya tidur, sebab puasa saya kena manfaatkan masa terluang dengan tidur, Bagaimanapun ia terganggu apabila dikejutkan krew MAS yang menanya sama ada saya berpuasa atau tidak. Bila saya cakap ya, dia kemudian membungkuskan makanan. Pesan ringkas, boleh guna untuk berbuka puasa.

Sejurus sampai, kami terkejut kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon agak selesa. Cuma selepas itu bermula cerita yang kurang enak.

"Ramai sangat peminta sedekah" Saya merungut kepada jurukamera dan rakan setugas. Mereka meminta duit dengan pelbagai alasan. Saya dengan tergesa-gesa meminta pemandu teksi segera ke Chatrium Hotel, yang dulu dikenali sebagai Nikko Hotel, bukan apa takut ramai lagi yang akan datang berkerumun.

Hari pertama tidak begitu menguji kesabaran kami untuk berbuka puasa. Lagipun sebelum itu Mamoo pesan, A..selamat berpuasa dan jangan lupa berpuasa. Qui..saya jawab. Pesan itu masih terngiang di telinga.

Sejurus sampai dan check in, saya berjumpa dengan Sekretariat Asean, cewek yang selama ini saya kenali melalui email, Wuri. Maaf, sejak saya mendapat tugasan ini, berkali-kali saya cuba hubungi dia, tetapi gagal. Mesej tinggal mesej. Kesempatan berjumpa walaupun sekejap, memberi peluang untuk mengenali satu sama lain.
Habis taklimat ringkas kami menyatakan hasrat untuk ke Bon Joke Market, kalau di Kuala Lumpur macam Pasar Seni. Sebelum ini beberapa member yang pernah bertandang ke Yangon menceritakan mengenai pasar ini. Alang-alang datang dengan percuma, apa lagi. Pergi ajalah.

Lebih kurang jam 3.30 petang waktu tempatan, kami mengambil teksi, bila berada di negara sosialis sebegini, jangan sesekali bandingkan dengan apa yang ada dengan negara kita. Teksi masya Allah, cikai giler. Rasa macam kembali 30 tahun dulu. Sesuatu yang pelik di sini, semua teksi yang kami naik tidak mempunyai penyaman udara. Panas, hangit dan tengit….Tetapi sesekali terfikir yang ia menguji kesabaran puasa. Tidak sampai 20 minit kami sampai di Bon Joke Market.

Sebelum itu, salah seorang petugas sukarela Asean Sekritariat, Kenny membekalkan saya buku Lonely Planet. Buat panduan kata dia. Saya sendiripun berasa cuak berada di Myanmar kerana berdasarkan maklumat ramai spy yang akan memerhatikan gerak geri kita. Bagi negara yang diperintah junta, ini adalah lumrah. Tetiba teringat lawak member, taka pa kalau dia kejar kau lari, dia orang pakai kain, kau pakai seluar, mesti boleh pecut.
Turun sahaja teksi, ada sahaja yang datang menghulurkan tangan meminta sedekah. Bila ini berlaku, saya terfikir, yang situasi ini tidak sepatutnya berlaku, Myanmar adalah sebuah negara kaya. Segalanya ada di sini, petroleum, bahan galian, hasil tanaman dan hasil hutan. Mengapa ini berlaku? Persoalan yang mempunyai jawapan berjela kalau hendak ditulis.

Bila berada di sini, terbayangkan Chat Tu Chak di Bangkok. Tetapi itu sememangnya jauh lebih baik. Bon Joke Market menarik sekiranya kami mempunyai masa, tetapi keadaan bangunan yang terbiar menjengkelkan kami. Apa kerajaan dia orang lakukan?


















Bon Joke Market


Sesuatu yang menarik, ramai yang boleh bercakap Melayu. Ramai juga muka iras-iras Bangla…mungkin mereka ini Rohingya, komuniti Muslim Myanmar yang sebelum ini ditindas. Mereka ramai terdapat di sekitar Arakan dan Tanaserim.


Saya mencari sutera Burma yang tersohor. Tetapi sewaktu melilau, tiada yang berkenan di hati. Saya tidak berjumpa dengan kualiti yang saya pernah ada sebelum ini. Maaf 207, saya tidak dapat mencari sutera Burma. Saya membebel kepada Jiun, kalau macam ni beli aja kat KL. Sebagai kenang-kenangan, saya membeli sebentuk cincin perak 925, dengan harga 10 USD, saya fikir, ia satu cenderahati untuk diri sendiri.


Satu fasa yang agak kurang menyenangkan berlaku apabila Jiun terus didesak untuk membeli batu sapphire…maaf saya lupa dalam bahasa Melayu apa, kalau tidak silap batu nilam. Akhirnya kami mengambil langkah nekad keluar dari kedai berkenaan sambil si penjual marah-marah. Masa ini tercari-cari ke mana pergi sorang lagi…oooo lupa dia pergi ke tandas.
Kami jumpa sewaktu hendak keluar pasar. Memandangkan hujan dah rintik-rintik, kami mengambil teksi pulang ke hotel.

Petang itu kami kepenatan.

Untuk berbuka puasa, jurukamera kami rela makan maggi cup. Tetapi tidak saya dan Jiun. Mula-mula pergi ke sebuah Bangkok Kitchen yang terletak di depan hotel. Tetapi…tetapi…sekali terpandang menu, fried ear pork…saya membatalkan hasrat itu.


Balik ke lobi hotel dan bertanya di kaunter. OK tidak sampai 5 minit perjalanan dari situ ada sebuah restaurant India, Ashoka. Kami dimaklumkan yang ia halal. Apa lagi saya dan Jiun berjalan kaki, sambil melihat mansion lama warisan penjajah yang banyak ditinggalkan.

Saya order ayam masala, nasi kacang peas, lassi dan kopi. Jiun pula ayam kurma, tandori dan kopi. Sambil makan dia teringatkan mamat sorang lagi yang buka posa ala kadar kat hotel. Saya kata tak apa, dia boleh hidup ada maggi.


Terasa kami macam candle light. Ha ha ha. Bila minta bil harganya murah kalau nak dibandingkan dengan Passage Through India, Shalimar kat KL. Tau harga berapa. Baru 23 USD. OKlah. Perut dah penuh, tetapi tiba-tiba saya teringat Blueberry Cheese Muffin…..mintak-mintak petang Ahad ni dapat merasa.






Kami balik dengan hati yang lapang kerana perut dan kenyang. Cuma esok …kenapa esok? Kami akan bertolak ke kawasan bencana Nargis. Naik helicopter.

Sambung.

Thursday, September 4, 2008

Ayam Jumpa Itik




Pagi tadi saya kena berurusan di Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir. Saya dan kawan, Huay Jiun, berdepan dengan masalah besar sewaktu memohon visa. Kementerian Luar Myanmar ada memberikan salinan surat pengesahan, tetapi kami tidak tahu sepatah haram.


Keadaan menjadi semakin rumit apabila salah seorang petugas langsung tidak tahu berbahasa Inggeris. Jadilah kami seperti ayam jumpa itik. Pakai bahasa isyarat. Tunjuk sana , tunjuk sini.


Esok kami akan bertolak, pihak kedutaan janji yang ia akan siap menjelang 4.30 petang. Tiada apa yang dapat dilakukan kecuali berdoa.


Kalau cakap banyakpun tidak guna....mereka tak faham.

Tuesday, September 2, 2008

Myanmar



Pagi tadi semasa nak datang kerja jam teruk dekat tol Sungai Buloh. Ambil masa lebih setengah jam sebab sangkut kat situ. Tetapi saya tidak kelewatan untuk masuk mesyuarat. Ada sesuatu yang saya tidak sangkakan, sejurus selepas mesyuarat habis.



"You pergi Myanmar Jumaat ni" bila Big Bos cakap macam tu. Terlopong mulut saya. Negara yang selama ini saya simpankan cita-cita untuk ke sana. Negara Seribu Pagoda. Jika ia menjadi kenyataan, bermakna ada tiga buah negara Asean lagi yang saya belum sampai.


Hari ni memang sibuk, terpaksa berurusan dengan Sekretariat ASEAN di Jakarta, bab ni paling menguji kesabaran sebab dah telefon lebih 10 kali, tetapi mesej tinggal mesej. Nasib baik ada kawan-kawan di Wisma Putra. Mudah kerja. Selain itu saya juga terpaksa uruskan penerbangan dan mencari kawan-kawan yang sama trip ke sana. Tetapi kami dimaklumkan hanya 3 orang dari Malaysia akan ke sana. Woooooowww.

Monday, September 1, 2008

puasa


tahi itik




puteri mandi nekbat



Ramadhan datang lagi. Saya percaya setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri menyambut bulan yang penuh keberkatan ini.

Seperti biasa, sehari menahan lapar dan dahaga, saat berbuka merupakan detik yang amat dinantikan. Pelbagai juadah, hidangan dan minuman yang sukar ditemui, tetiba muncul. Itu juga sebahagian godaan di bulan ini. Sama ada buat sendiri ataupun dicari di bazar Ramadhan. Cuma yang membezakan adalah qualiti. Nama yang sama tapi rasa berbeza.

Saya teringin sekali makan opal, sejenis murtabak kecil. Tetapi tidak ramai yang dapat menandingi kehebatan arwah Tok Mak, nenek saudara saya. (Ada jual tapi tak sedap...berminyak)Dia yang hidup di persekitaran istana, mempunyai kemahiran ini. Begitu juga dengan murtabak. Kalau adapun seorang lagi, Mak Ku Tengku Wok, (orang Terengganu sebut Mok Ku Ku Wok) tetapi saya kena lupakan hasrat ini kerana beliau sedang uzur. Satu lagi yang saya ingin rasa kuih Tat Tengku Yam, memang best giler. Saya dapat tahu anak-anak arwah, (dia ni pangkat moyang dengan saya) masih mewarisi resepi ini. Raya kali ni saya kena order banyak dari Kak Tengku Shamsiah. Dulu mereka ini berada di kawasan sekitar Istana Maziah dan Ladang, tetapi kerana pembangunan, terpaksa dipindahkan. Akhirnya berselerak...mungkinkah selepas ini keunikan resepi ini akan pupus...keluarga kami telah alami. Tidak ada siapa lagi yang tahu membuat jamu, mengadun rempah dan pelbagai resepi yang selama ini menjadi kebangaan segelintir masyarakat Terengganu. Saya dimaklumkan resepi rempah itu diwarisi daripada generasi terdahulu yang berakar umbi dari Riau Lingga.

Di Terengganu, terdapat berpuluh dan mungkin ratusan resepi masakan, tetapi saya rasa ia berada di ambang kepupusan. Kini selepas ketiadaan generasi tua, saya dan adik beradik mula menyesal kerana dulu tidak pernah peduli ini semua. Evolusi masakan memberi kesan ketara kepada penyediaan makanan. Saya khuatir, mungkin "authentic" akan hilang ditelan zaman.

Bayangkan dulu untuk memasak gulai nasi dagang, santan perlu direbus selama 8 jam, tetapi sekarang ramai yang menumis, sebab itu kuah nasi dangang yang original akan berwarna hitam, bukan merah. Cara memasak kuah laksa Terengganupun sama. Mengambil masa yang begitu lama.Begitu juga dengan penyediaan ayam golek. Ayam telah dipanggang akan disiram kuah selapis demi selapis....tetapi sekarang main belasah masuk oven...Janji masak.

Saya merasa berbangga apabila tahun lepas, Mak Ku menghadiahkan periuk tembaga yang berusia lebih 100 tahun, milik seseorang yang mempunyai kaitan dengan keluarga kami. Ia memupuk semangat saya untuk terus memelihara keaslian masakan Terengganu, tetapi ramai generasi tua keluarga kami yang dah meninggal dunia. Bila terpandang periuk berkenaan saya membayangkan bagaimana satu ketika ia begitu banyak menyumbang kepada masakan terutama di istana.

Dulu masa saya kecil-kecil saya selalu tengok Tok Mak buat emas sejemput. Telur itik yang masak dalam air gula pekat. Ia dimasukkan ke dalam gelang buluh bersaiz 50 sen. Bila masak dibuat bentuk bunga. Percaya atau tidak, benda yang sama dihidangkan di Istana Raja Thai...Ini mungkin pengaruh Siam.

Bila Ramadhan tergerak hati hendak balik ke Terengganu. Tetapi sesuatu yang pasti sukar untuk mencari makanan yang benar-benar sedap. Banyak yang dijual untuk tujuan komersil. Nek bat misalnya, kalau tidak kena gaya, akan rasa masam. Tahi itik kalau terlebih masak akan berketul-ketul. Begitu juga dengan Puteri Mandi, nanti liat semacam. Kalau ada warung yang sedap, cuba pergi ke Simpang Mengadang Akar, dekat Gong Kapas. Alahai tiba-tiba terbayang rokok arab. Ia bukan tembakau tetapi kuih kapit yang digulung. Dulu ada dekat Ladang, tetapi apabila mak meninggal saya tahu hendak mencari rumah orang yang membuat.
Tiga bulan lepas beli rojak kateh...isi kaki lembu yang dibasuh dengan air kapur, kemudian direbus. Ditoskan kemudian dimasukkan dengan cili boh, gula melaka, air asam jawa dan sedikit belacan. Kena masak dalam satu jam. Kemudian campurkan dengan kateh tadi. Makan macam tu aja. Tetapi yang saya beli tak sedap giler.

Sejak dulu saya tercari-cari macaman rupanya kuih Che Abas Demam. Sampai sekarang tak jumpa.

Saat-saat begini, sekali sekala rindu akan menjengah. Teringat kenangan di 708. Kehebatan Wan memasak menggunakan kuali tembaga, batu giling dan pengisar...segalanya ikut tradisi, ketelitian Mak menjaga warisan adunan bahan, ketegasan Tok Mak yang tidak bertolak ansur, (kalau makanan tidak sedap, siap semua akan kena marah) dan kesabaran Tok Ki membuatkan saya tersenyum.

Saya percaya....semua orang melalui pengalaman yang sama.