Tuesday, September 23, 2008

Kisah Darfur



Berada di Nyala, Darfur, Sudan selama dua minggu, satu lagi pengalaman yang sukar digambarkan dengan perkataan maupun tulisan. Satu tempat terceruk yang berdepan dengan pelbagai krisis. Bencana yang dianggap bala kemanusian paling buruk di alaf ini. Kedhaifan dan kemiskinana ada di mana-mana.

Kali pertama soalan yang berlegar sewaktu sampai, sukarnya hidup di padang pasir. Tetapi yang membanggakan mereka mampu menguasai ilmu agama dan bacaan al Quran.

Saya pergi bersama Dewan Pemuda Masjid Malaysia untuk Tabung Dapur Darfur anjuran bersama dengan STMB, TV3, pada Disember lalu. Sepanjang berada di sana, banyak yang dapat dirungkai, paling ketara, ketidaktepatan gambaran media Barat terhadap apa yang berlaku. Barat seperti biasa melihat krisis di Sudan sebagai umpan untuk campurtangan ke atas urusan dalaman negara itu. Wal hal, mereka juga memainkan peranan yang suka menangguk di air keruh.

Pengalaman ini ingin dikongsi melalui penerbitan, tetapi saya berdepan dengan masalah bila thumb drive yang saya simpan, gagal dikesan. Tetapi hasrat saya untuk berkongsi cerita duka ini, jika dizinkan Tuhan, insya Allah akan kesampaian.

Saya harap akan diberi peluang kedua untuk ke Darfur.....Kalau boleh saya ingin lama di sana walaupun adakala nyawa ibarat telur di hujung tanduk. Prinsip saya mudah, kematian di mana-mana. Kalau di gurun Sahara ditakdirkan dijemput Izrail, saya rela berkubur bersama mereka.

Berbanding dengan penderitaan pelarian, apalah sangat pengorbanan yang saya dapat dilakukan. Jauh sekali untuk dinisbah dengan kesusahan yang terpaksa mereka pikul....Secebis penulisan, mungkin dapat membantu meringankan beban mereka.

Tangan ini akan terus berbicara, inilah kerja wartawan....atas nama prinsip kemanusian dan khairat sejagat, saya akan menulis dan terus menulis.

Paling tidak, ketajaman mata pena mampu memberi sedikit sinar kepada mereka.

Darfur...saya akan kembali lagi untuk kali kedua.

























No comments: