Monday, September 8, 2008

Nargis


Kami dikejutkan jam 4 pagi. Pergi sahur. Jumpa Wuri lagi. Kali ini lagi ramai kawan baru. Jumpa Danny dan Akhbar dari RCTI. Sembang sedikit sebelum saya minta izin untuk keluar hisap rokok.Di sini imsak awak, lebih kurang 4.30 pagi. Lepas itu sambung tidur semula.



Jam 7.30 pagi kami bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon bersama rakan dari pelbagai negara Asean. Lebih 27 orang. Ada yang pergi dengan helikopter dan ada yang naik bas. Kami dibawa dari hotel ke lapangan terbang dengan bas yang dihias….saya tertanya dalam hati, mungkin bas ini semata-mata dihias untuk kami.

bas yang paling baik disediakan untuk kami

Sebaik sampai terpaksa menunggu Sekreatariat General ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan yang tiba dari Bangkok. Kami akan ke Seik Kji dan Tow. Di sini saya terpaksa berpisah dengan Jiun kerana dia terpaksa melalui jalan darat sedangkan saya naik helikopter.Lama tidak naik. Kali terakhir 6 tahun lepas di Kota Kinabalu.




Perjalanan ke destinasi pertama mengambil masa 30 minit. Cuaca hujan renyai-renyai. Tetapi saya rasa ok, tidak rasa takut. Tetapi hari ini benar-benar menguji kesabaran saya untuk berpuasa. Ramai juga yang terpaksa kantoi kerana tidak tahan dengan keadaan cuaca. Sebaik mendarat, kami berjalan kaki ke Sekolah Seik Kji. Kesan pemulihan nampak ketara. Tetapi sesuatu yang menyentuh perasaan mereka begitu ketinggalan. Tinggal di rumah berdindingkan buluh dan beratapkan genting. Saya ada ambil gambar tetapi ter"delete". Saya pernah berada di Aceh dan Bantul di Jogjakarta sewaktu gempa bumi di sana. Dengan gambaran fizikal, saya dapat merasakan betapa rakyat Myanmar jauh ketinggalan dari segala segi. Itulah bahana pemerintahan tentera. Kebebasan akan disekat. Bila ini berlaku, minda rakyat akan dapat dikawal dan mudah bagi pemerintah membelenggu secara kuku besi.




Hampir dua jam di perkampungan ini. Kami dimomokkan dengan pelbagai acara. Saya beritahu Danny dari SCTV, yang ini semua adalah lakonan. Sebelum ke Tow, kami diarak ke sana ke sini dengan kenderaan yang disediakan. Sebelum beredar kami dibawa ke kuil Budha. Ada majlis penyerahan bantuan dan pelbagai lagi. Saya cuba bertahan puasa akhirnya tertidur di kaki lima kuil.




Sejurus selepas itu, saya naik lagi helikopter, kali ini ke Tow. Penerbangan mengambil masa 15 minit. Tetiba sampai cuaca panas giler. Ia merupakan kawasan penempatan semula. Lebih tersusun. Ingin sekali bertegur sapa, tetapi sekali lagi ayam berjumpa itik. Di kawasan ini pertama kali dalam hidup, saya lihat babi yang diternak ditambat. Walaupun macam tu babi tetap babi, walau dikat sekalipun ia tetap gemuk.


wajah-wajah dengan 1001 kisah kehidupan


Selepas Tow, kami semua kepenatan. Akhirnya terbang pulang ke Yangon. Terlalu banyak untuk diungkapkan bagi mengungkai penderitaan penduduk Myanmar. Tetapi di atas faktor tertentu tidak dapat banyak yang dapat dilakukan.

Sebagaimana Aceh, saya berjanji akan pulang lagi ke sini.

Saya juga berharap akan dapat kembali menjejaki kaki ke bumi Darfur. Tempat sebegini memberi banyak pengajaran dalam mencari erti kemanusian. Kebuluran, persengketaan, kesengsaraan adalah isu sejagat.

Di kesempatan yang lain, saya akan cuba berkongsi pengalaman berada di Darfur sebelum ini. Tercari-cari di mana saya letak thumb drive..kerana banyak gambar semasa di sana, disimpan.


No comments: