Sunday, August 31, 2008

just walk away

I know I never loved this way before
And no one else has loved me more
With you I've laughed and cried

I have lived and died
What I wouldn't do just to be with you
I know I must forget you to go on
I can't hold back my tears too long

Though life won't be the same
I've got to take the blame
And find the strength
I need to let you go

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry

I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love
I feel for you

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know
Just how I let you go

But there's nothing left to say
Just walk away
There'll never be a moment
I'll regret

I've loved you since the day we met
For all the love you gave
And all the love we made

I know
I've got to find the strength to say
Just walk away
Just say goodbye

Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know

Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away Just walk away
Just say goodbye

Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart

Or the love
I feel for you
So walk away And close the door
And as you leave,

I know I'll love you more
And I'll never never know
Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away
ARKIB : 22/08/2008

Kengkawan, artikel ini mungkin boleh bersama kita renungkan......

Sumber Utusan Malaysia.

Baharum Mahusim

Anarkisme golongan kiri baru


KEINGINAN untuk melihat bagaimana sejarah menilai politik dan ahli politik memerlukan kesabaran. Interpretasi ahli sejarah dan saintis sosial terhadap sesuatu insiden dan pergolakan politik yang terjadi dalam tempoh tertentu, khususnya cerita sebenar di sebalik intrik-intrik yang berlaku, selalunya perlu ditunggu selama bertahun- tahun.


Kita sebenarnya dicabar oleh masa. Mungkin kita kena menanti selama beberapa dekad sehingga personaliti-personaliti yang terlibat meninggal dunia, sebelum pemeriksaan rapi dapat dibuat terhadap peristiwa-peristiwa politik yang dilaluinya.


Kita ambil contoh gerakan radikal dan perkembangan golongan kiri di Malaysia. Apabila para pengkaji meneliti sejarah awal gerakan radikal Melayu pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua, mereka menemui kaitan yang rapat antara pemimpin berhaluan kiri seperti Ibrahim Yaakob dan Ahmad Boestaman dengan tokoh-tokoh komunis dari Indonesia.


Ibrahim Yaakob, misalnya, mempunyai hubungan ideologi dan peribadi dengan nama-nama seperti Djamaluddin Tamin dan Sutan Djenain, dua orang pelarian politik dari Indonesia. Malah, nama Kesatuan Melayu Muda (KMM), menurut Ibrahim, diberikan oleh Sutan Djenain pada satu mesyuarat di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1938.


Dr. Ramlah Adam yang menulis buku mengenai golongan kiri menceritakan bagaimana Sutan Djenain lari dari Indonesia selepas kegagalan pemberontakan komunis tahun 1927. Ahli Parti Komunis Indonesia itu menetap di sebuah perkampungan Cina di Ampang dekat Kuala Lumpur.


Menurut Dr. Ramlah, kesan pengaruh pemberontak itu dan rakan-rakannya menyebabkan KMM dan para pemimpinnya kemudian mengambil sikap politik yang radikal.


Djamaluddin Tamin dan Sutan Djenain merupakan orang kepercayaan Tan Malaka, tokoh komunis Indonesia yang bersama-sama temannya pernah menubuhkan sebuah parti berhaluan kiri Indonesia di sebuah kawasan candi di kota Bangkok, Thailand "di bawah mata sekian banyak patung Buddha."


Menurut biografinya yang diterbitkan di Jakarta, nama sebenar Tan Malaka ialah Ibrahim, seorang anak Minang dari Payakumbuh, Sumatera yang separuh daripada hidupnya berkiblatkan Moscow, pusat gerakan komunisme seluruh dunia.


Pada tahun 1938 ketika KMM ditubuhkan, para penyokong KMM di luar inner circle Ibrahim Yaakob mungkin tidak menyedari pengaruh orang asing terhadap perkembangan awal pertubuhan politik itu.


Hanya kemudian, apabila ahli-ahli sejarah memeriksa secara terperinci mengenai susur galur KMM, baru pertalian tersebut terungkap, direkodkan dan difahami. Ia membuatkan kita terfikir alangkah bahayanya jika negara jatuh ke tangan golongan itu, yang implikasinya ialah kita mungkin perlu menukar kiblat politik ke Moscow.


Dalam tempoh 70 tahun lalu, sejak zaman Ibrahim Yaakob, politik kumpulan radikal dan golongan kiri Melayu di Malaysia telah melalui saat-saat lemah dan kuat, ada masa disukai dan tidak kurang dibenci. Kadangkala ia bergerak secara bawah tanah dan ada waktunya ia menyelinap menggunakan organisasi-organisasi tertentu.


Pada satu ketika pernah menjadi satu trend di negara ini bahawa wartawan yang bekerja dengan akhbar-akhbar juga perlu berhaluan kiri - fenomena yang membuktikan betapa berpengaruhnya kumpulan itu.


Haluan kiri ialah istilah yang berasal daripada amalan dalam Parlimen Perancis selepas kejayaan revolusi menggulingkan raja pada 1789. Ketika itu wakil-wakil 'radikal' duduk di sebelah kiri dewan manakala wakil-wakil 'konservatif' berada di sebelah kanan.


KawalanDaripada kepercayaan bahawa gerakan demokratik perlu mempunyai lebih banyak kawalan ke atas institusi-institusi sosial, keradikalan kumpulan yang berada di kiri dewan Parlimen bertukar warna apabila sosialisme mula mengukuhkan cengkamannya ke atas ideologi politik dan berkembang ke serata dunia.


Di Malaysia, kumpulan politik berhaluan kiri tidak pernah dapat menguasai kerajaan di peringkat Persekutuan sungguhpun pada satu ketika pada tahun 1960-an, tokoh-tokoh berhaluan kiri di Malaysia, termasuk seorang bekas pemimpin Pas, didakwa berkomplot menggunakan dana asing dan bantuan kuasa luar untuk menubuhkan kerajaan dalam buangan Melayu Raya bagi menggagalkan usaha Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia.


Selepas dilemahkan, pada tahun-tahun 1970-an gerakan berhaluan kiri Melayu tidak lagi relevan, ia berpecah-pecah dalam parti-parti kecil yang gerakannya bersandarkan kononnya pada perjuangan rakyat.


Dalam dekad berikutnya, pada 1980-an, ketika politik Melayu tertumpu kepada pergelutan kuasa dalam UMNO, kumpulan berhaluan kiri langsung tidak memberi impak kepada politik. Kehadiran kumpulan itu dalam kehidupan bernegara tidak dirasakan dan tidak penting, seolah-olah para penganjurnya hidup dengan nyawa-nyawa ikan.


Kumpulan berhaluan kiri cuma diberi sedikit nafas yang dipinjamkan kira-kira 10 tahun lalu apabila mereka bersekongkol menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Parti Rakyat Malaysia yang berhaluan kiri sanggup meminggirkan faham sosialis untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Dalam kes cantuman PKR pada 2003, daripada asalnya Parti Rakyat pada tahun 1950-an, ia kemudian menjadi Barisan Sosialis, sebelum berubah kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia, bertukar rupa menjadi Parti Rakyat Malaysia pula sebelum bergabung membentuk sebahagian daripada PKR sekarang.


Daripada idealisme yang bersifat antarabangsa dan sumpah untuk bergelut mempertahankan rakyat marhain, ia beralih menjadi gerakan tempatan untuk mengangkat dan mendewa-dewakan personaliti tertentu. Pemujaan individu berlangsung tanpa dapat dikawal.


Prinsip-prinsip politik berhaluan kiri untuk menggerakkan pembaharuan demokratik dan menubuhkan kerajaan sosialis kini digantikan dengan perjuangan bagi menegakkan kerajaan individu bernama Anwar Ibrahim.


Dalam kumpulan berhaluan kiri mutakhir itu - yang matlamat pertarungan barunya adalah cita-cita individu - muncul kembali anarkisme (anarchism), iaitu falsafah politik yang menganggap autoriti kerajaan dan undang-undang sebagai "tidak sah, dan dengan itu tidak perlu dipedulikan, harus dilawan dan diketepikan."


Beberapa insiden politik yang tercetus sejak akhir-akhir ini, yang mengingatkan kita semula kepada peristiwa-peristiwa berdarah di Malaysia dan Indonesia beberapa waktu lalu, memperlihatkan wujud anarkisme di peringkat individu dan di peringkat kolektif dalam kalangan tokoh-tokoh baru berhaluan kiri.


Tindakan-tindakan dibuat secara berani, konsisten dan penuh lagak untuk tidak tunduk kepada undang-undang - dengan perlakuannya juga mendapat sokongan tenaga luar, iaitu satu ulangan kepada sejarah lama campur tangan kuasa asing.


Arahan polis, perintah mahkamah dan apa sahaja peraturan tidak diendahkan kerana ia dianggap suatu sekatan kepada utopia yang mereka fikirkan. Apabila perbuatan individu berhaluan kiri memukul orang lain secara fizikal dalam rapat-rapat umum dianggap sah, dipertahankan dan diterima oleh para pemimpin dan penyokong, maka makin berleluasalah anarkisme.


Rakyat Malaysia, jika mereka tidak berhati-hati, mungkin akan tersihir dengan politik berhaluan kiri baru ini yang rona sebenarnya berada di belakang topeng-topeng. Malangnya, sebahagian daripada mereka sudah pun terpedaya kerana masing-masing terlupa untuk belajar daripada sejarah.

Saturday, August 30, 2008

Detik 31 Ogos

Tinggal tidak berapa jam lagi, detik 31 Ogos akan disambut. Pelbagai cara dan aneka sambutan diadakan. Semua tahu ia menjadi kalendar tahunan. Di ibu negara, pasti Dataran Merdeka kan menjadi lokasi penting "countdown". Selaku generasi pasca merdeka, jiwa saya mungkin lain dengan pejuang kemerdekaan. Apa yang penting semangat yang ditinggalkan diwarisi, kerana untuk menebus kembali maruah dan harga diri bangsa kita terpaksa berjuang lebih 400 tahun. Satu tempoh masa yang lama. Sepanjang tempoh itu, kita diperkotak katikkan penjajah. Bangsa kita akhirnya berpecah mengikut sempadan politik yang ditentukan Inggeris dan Belanda, selepas Perjanjian Inggeris-Belanda, pada1824.
Akhirnya, bangsa Melayu yang serumpun dicarik-carikkan mengikut kepentingan Barat. Dulu semasa saya di alam kanak-kanak, Tok Ki sering menceritakan bagaimana Barat menjahanamkan kekuatan Melayu. Sultan atau pemimpin yang enggan mengikut telunjuk akan diturunkan dan dibuang.Nama mereka juga sebolehnya cuba dipadamkan dalam catatan sejarah.
Bermula dengan William Farquhar dan seterusnya Raffles kekuasaan Johor Riau Lingga sedikit demi sedikit dilemahkan. Mereka yang diberi kuasa akan dilalaikan manakala mereka yang menentang disisihan. Sistem politik Melayu akhirnya runtuh.
1911, Sultan Abdul Rahman Riau, diturunkan takhta dan terpaksa membawa diri ke Singapura. Sebelum itu, 1866, Sultan Mahmud Riau diturunkan takhta dan akhirnya mangkat di Kuala Pahang selepas pelbagai percubaan untuk mendapat semula kuasa dipermainkan penjajah termasuk Raja Mongkut. Akhirnya waris keturunan mereka tidak lagi menjadi golongan "borjouis"dan terpaksa hidup sebagai rakyat yang dinafikan hak demi survival. Kesudahan ramai antara mereka terpaksa membawa diri ke Terengganu dan Johor.
Paling malang, apa sudah jadi dengan waris Sultan Husin di Singapura? Istana Kampung Gelam akhirnya diambil kerajaan. Hanya tinggal nama.
Itu semua pengajaran yang penjajah tidak pernah ikhlas.
Akhirnya selepas Perang Dunia Pertama dengan sistem pendidikan yang lebih baik, semangat nasionalisma mula bangkit. Muncul mereka yang mula memperjuangkan sistem sosial dan ekonomi yang lebih baik kepada orang Melayu.
Keadaan itu mula ketara selepas kesedaran orang Melayu dipengaruhi gelombang politik Indonesia. Sarekat Islam, Muhamadiyah dan sebagainya memberi kesan ketara kepada orang Melayu di negara ini.
Sebelum fasa Perang Dunia Kedua bermula, orang Melayu mula didedahkan dengan idea yang dianggap pelampau oleh penjajah. Sebelum perang meletus, Utusan Melayu, banyak meniupkan semangat, bukan untuk merdeka tetapi kesedaran. Terima kasih Rahim Kajai.
Pada masa ini, muncul pelbagai pertubuhan yang dianggap puak kiri oleh British. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya, PKMM misalnya didakwa sebagai berfahaman komunis.
Pelebelan ini berterusan sehingga kita menyambut 31 Ogos pada 1957.
Nama-nama seperti, Pak Sako, Ibrahim Haji Mohamad, Burhanuddin Yaakob, Shamsiah Fakeh, Khatijah Sidek dan ramai lagi seolah dilupakan.
Begitu juga dengan nama Maharaja Lela, Mat Kilau, Tok Janggut Abdul Rahman Limbung, Rentak, Pak Musa dan Rosli Dhobi.
Adakala kita perlu berani berfikiran kritikal.
Dulu saya pernah mengenengahkan tokoh-tokoh kumpulan kiri sempena Hari Kemerdekaan. Ada yang rasa kurang senang.
Kepada mereka ini, jawapan saya ringkas, matlamat mereka sama, menghalau penjajah walaupun caranya berbeza.
Ingat bukan UMNO dan perikatan sahaja yang perjuangkan kemerdekaan. Cuma nasib memihak kepada mereka.
Mungkin benar kata pujangga, SEJARAH DITULIS OLEH MEREKA YANG MENANG.
Renung-renungkanlah.

Friday, August 29, 2008

kai fa ha lak




Assalamualaikum...kai fa hal lak? tetiba ada suara menegur sewaktu selesai solat Jumaat, sepantas mungkin saya menjawab...alhamdulillah ana bil khair. Wa anta kaifa halak? Spontan menanya. Lama tidak mendengar pertanyaan seperti itu. Sepatah demi sepatah cuba bertutur dalam bahasa Arab, merangkak-rangkak bertutur dengan Halim yang begitu fasih berbahasa Arab Fasahah.



Halim tanya Hal anta atisya...la' ana syaba'an. Lapar ker, saya jawab tak saya kenyang. Tetapi hari ni saya belajar perkataan baru, sanazhab ila maqsaf adhawi..adhawi? ma za? Saya tanya apa dia adhawi? ooooo baru saya tahu maknaya organik. Dia ajak pergi lunch kat restauran organik...Sepanjang jalan kami bercakap Arab Fasahah walaupun saya sangkut-sangkut.Wau rasa puas sebab dapat bercakap.



Selepas 19 tahun meninggalkan SMAASZA, penguasaan bahasa Arab sedikit demi sedikit hilang, perbendaharaan kata sedikit demi sedikit lupa. Tetapi saya cuba juga berkomunikasi dengan kawan-kawan kerana dahulu sewaktu bersekolah, kami setiap hari Rabu diwajibkan bertutur bahasa Arab. Terlalu banyak kenangan semasa belajar muhadasah@perbualan.



Semasa saya tingkatan 5, kami mempunyai guru bahasa dari Mesir. Kami sekelas bercakap Arab dan dia bercakap Melayu. Satu hari sewaktu lambat masuk kelas, Ustaz Mustapha dengan pelat Arab meminta maaf, " murid-murid maaf saya terliwat. Kami sekelas ketawa berdekah-dekah. Selepas menjelaskan kepada ustaz berkenaan, muka dia merah dan terus keluar dari kelas.



Pengalaman hari pertama di SMAASZA, saya rasa saya mungkin murid yang paling "bodoh". Buta huruf, tidak tahu baca jawi dan sama sekali tidak tahu membaca al Quran. Macamana boleh berada di sekolah berkenaan. Kerana tidak mahu rasa rendah diri, saya berjaya menguasai tulisan jawi dalam masa sebulan. Bahasa Arab, ok tidak ada masalah. Saya terlalu kerap disebat dimarah, akibabtnya, saya hilang minat dengan bacaan al Quran dan agama Islam, saya sering dapat merah. Ia berterusan.




Saya sentiasa mogok dengan orang tua dan meminta dikeluarkan dari sekolah berkenaan. Tetapi saya silap strategi. Saya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan penggal pertama. Bila orang tua saya jumpa Sehrif Lobbo...panggilan manja untuk guru besar kami, dia panggil saya. Menggigil bila ditanya, kenapa nak keluar dari sekolah ni, orang lain menangis nak masuk awak menangis nak keluar. Ni keputusan peperiksaan, awak tak ada masalah cuma agama awak lemah, saya tak bagi awak keluar dari sekolah ni. Sebab takut, saya tidak menjawab. Bila balik rumah, saya merajuk lagi. Tapi nak buat macamana, kemasukan ke sekolah berasrama penuh yang lain dah ditutup.



Saya teruskan sahaja persekolahan. Belajar agama jadi subjek yang paling tidak disukai. Pernah disuruh pamping 25 kali(sampai dikejarkan ke hospital sebab sakit dada@semput), kena rotan kaki dan tangan sebab ponteng kelas(protest sebab ustaz Ya...selalu hina dan pandang rendah kepada saya sebab tidak mampu baca surah lazim serta doa) Saya juga pernah kena hukum duduk bawah meja dengan Jack (sekarang kat Petronas Carigali)...mana ada guru hukum macam tu...Sebab benci sangat kat ustaz ni saya pernah protest dia masuk....saya keluar kelas, sebab berani buat, berani tanggung. Kena rotan kat bontot dan tangan. Bila habis SRP padan muka saya, subjek lain dapat distinction, agama dapat 8.




Ketika itu, ada seorang senior yang baik hati. arwah Syed Ahmad Zaki. Selalu bagi semangat. Kali terakhir saya jumpa dia sewaktu ambil keputusan SRP 28 Disember 1985. Dia tepuk belakang...salam dan ucapkan tahniah. Saya masih terbayang-bayang senyuman dia waktu tu. Dua bulan selepas itu dia meninnggal dunia, kerana pneuomania,..dia tidak pernah ceritakan kepada sesiapa yang dia mengidap penyakit ni, sehingga dia terjatuh dan meminta room mate ambilkan ubat. Dah takdir pada masa itu ubat dia dah habis. Dia meninggal sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Arwah suka mandi malam kerana nak segarkan badan. Ketika orang lain tidur, dia akan gunakan lampu tangga untuk menelaah. Bila senior saya memberitau Zaki dah tak ada, saya menangis sebab tidak dapat menatap wajah dia buat kali terakhir. Dia menjadi batch terakhir asrama penuh persijilan KUSZA, sedangkan kami menjadi batch pertama di SMAASZA, saya dapat tahu selepas dia dikebumikan, ramai tidak tahu dia banyak memberi semangat kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan jangan putus asa. Zaki...al fatihah, Selepas 22 tahun, setiap kali saya lalu tempat kami bergambar..saya akan sedekahkan fatehah. Kuasa Tuhan gambar tu negatif rosak, saya akan teringat nasihat yang diberikan, kalau tidak kerana kata-kata semangat mungkin saya tidak berada lama di sekolah agama dan berada di kedudukan sekarang.




Paling best saya terus cemerlang dalam bahasa Arab...sampai ke tingkatan Enam, walaupun sepanjang tempoh tu ada sahaja gelaran yang saya berikan kepada ustaz dan ustazah kami. Kalau garang kami panggil singa, kalau slow sangat mengajar, kami panggil ustazah seayat. Kalau pakai kemas sangat kami panggil gelaran cawat atau pinggang secekak. Macam-macam. Pernah kami 4 orang dipanggil kerana mengukur badan ustazah ketika mengajar.Ustazah tu siap menangis dan nama kam berempat dikenali dan harum di sekolah. Malang bagi kami bila kebanyakan ustazah enggan mengajar sehingga kami meminta maaf. Tetapi itu semua tidak menghalang penguasaan bahasa Arab.



Kini bahasa Arab masih menjadi kebanggan walaupun penguasaannya tidak sebaik dulu.



Ila hina....maa salamah.

Thursday, August 28, 2008

cinta

cinta
lima huruf menjadi satu kata
tiada rupa
tapi ada rasa

cinta
membuat bahagia
cinta juga
membuat merana

cinta
apa ada dengannya
kerana cinta itu buta

Merdeka


Hampir semua rakyat pasti akan mengingati detik 31 Ogos...Merdeka. Tahun ini, pejam celik dah 51 tahun kita merdeka.


Saban tahun ada sahaja yang diatur pelbagai pihak, daripada individu sehingga ke peringkat kerajaan untuk mengingati deti keramat ini. Tidak tinggal berapa hari lagi, rakyat Malaysia akan diberi cuti kelepasan umum bagi menyambut detik gemilang. Walau di mana sambutan dibuat, semangat menyambut saat kelahiran Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali Malaysia pasti meriah.


Cuma disebalik kemeriahan itu, berapa kerat antara kita yang menghayati semangat generasi pejuang kemerdekaan. Kini selepas lima dekad, hakikat yang perlu kita terima semangat yang diperturunkan tidak lagi sepejal dulu. Kemerdekaan lebih kepada kemeriahan yang diselangi dengan pelbagai aktiviti. Lebih menjengkelkan ia disambut dalam bentuk parti-parti liar, lumba haram dan sebagainya.


Tidak sampai tiga hari lagi, berapa banyak slot rancangan telivisyen di negara ini yang menyiarkan program menyemarakkan kemerdekaan. Berbeza dengan tahun lalu, kali ini kibaran Jalur Gemilang amat kurang. Apa sudah jadi dengan pusat membeli belah. Sudahlah mewarisi nama penjajah, seperti Lot Ten, Pavillion, One Utama, The Curve dan sebagainya. Sesekali terasa hina, jumud sangatkah bahasa Melayu untuk dimertabatkan. Kalau di Manhattan terdapat restoran Bentara, yang mengangkat martabat nama dan makanan Melayu tetapi di sini, di bumi Malaysia, kita sendiri yang merendahkan apa yang kita ada. Mungkin jika Datuk Onn Jaafar masih hidup pasti belia akan menangis, apa sudah jadi dengan kita.


Mungkin juga segelintir pemimpin kita memetingkan retorik. Merdeka sana, merdeka sini, sedangkan pengisiannya hanya menjadi politik?. Ini sesuatu yang perlu difikirkan.


Mungkin juga semangat untuk menyambut kemerdekaan kali ini, sudah beralih arah kepada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, ini juga perlu difikirkan.


Ataupun, semangatnya dibayangi pembentangan belanjawan esok. Ini juga satu kemungkinan.


Apa yang penting selagi ada penghayatan semangat kemerdekaan, ia tidak akan menjejaskan sambutan.


Kepada media utama, cubalah buat tinjauan rambang, berapa ramai antara kita yang memahami erti kemerdekaan. Cuba tanya bangsa lain. Lihat jawapan. Bawa ke Parlimen. Bagi ahli politik hentikan budaya melatah, terima hakikat jawapan yang diperolehi. Apa dan di mana silap? Hentikan tunding jari. Paling memalukan, masih ramai antara kita yang gagal menguasai bahasa Kebangsaan. Paling dangkal, macamana jadi ahli Parlimen, jika bercakap masih gagal membezakan penggunaan kata itu dan ini.


Mungkin juga ia senario politik di negara ini.


Pantang ditegur....mula melatah. Lebih memalukan ramai yang telunjuk lurus kelingking berkait...Apa nak jadi????

Wednesday, August 27, 2008

Sandwic


Makanan yang ringkas tetapi berkhasiat. Sandwic adalah salah satu daripada produk makanan berkenaan. Tulisan ini bukannya nak mempromosikan O'Briens, tetapi sandwic yang dijual memang sedap giler. Harga mungkin mahal sikit tetapi kalau tak segan boleh kongsi dua orang.
Tambah menyelerakan kalau diambil dengan Irish Brew Coffee atau Earl Grey Tea. Lagi sedap kalau duduk di luar sambil hisap rokok...ni yang jadi tak sihat.
Saya suka Chiken Cheddar Sandwic. Tetapi sesekali ambil juga Tuna Sanwic...yang ni kesukaan 207. Tuna ni bagus untuk mereka yang ingin kurangkan berat badan.

Jika Begini

Jika begini
Kita terus tidak pasti
Demi esok hari
Elok kita katakan sahaja
Yang tidak lagi serasi


Jika begini
Kita tiada jawapan
Mungkin sekadar dugaan
Atau suatu kebenaran


Jika begini
Kita terus berteka teki
Apa sebenarnya dalam hati

Jika begini
Dan jika begini lagi
Lebih baik bawa haluan sendiri

RAA

Kalau


Kalau ku pergi
Jangan dicari
Selama ini aku menanti
Tetapi kau tidak peduli
Kalau aku mati
Jangan ditangisi
Kerana sudah puas
Aku disakiti

Kalau aku dikebumi
Jangan dinesani
Kerana sewaktu hidup
Ku tak pernah dihargai

Kalau ada secebis kenangan
Kau katakan pada bulan
Pada awan dan mentari
Insan ini pernah dipersiakan

Kalau kau pandang tanah
Katakan pada bumi
Yang dulu kau berjanji
Sehidup semati

Kalau aku hadir dalam mimpi
Jangan dikesali
Kerana itu bererti
Aku semakin menjauhi.
Kalaupun kau rasa ingin menangis
Tak akan memberi erti
Kerana aku telah berada
Di alam abadi

RAA

Kalau


Kalau ku pergi
Jangan dicari
Kerana selama ini aku menanti
Tetapi kau tidak peduli


Kalau aku mati
Jangan ditangisi
Kerana sudah puas
Aku disakiti



Kalau aku dikebumi
Jangan dinesani
Kerana sewaktu hidup
Ku tak pernah dihargai



Kalau ada secebis kenangan
Kau katakan pada bulan
Pada awan dan mentari
Insan ini pernah dipersiakan



Kalau kau pandang tanah
Katakan pada bumi
Yang dulu kau berjanji
Sehidup semati



Kalaupun aku hadir dalam mimpi
Jangan dikesali
Kerana itu bererti
Aku semakin menjauhi.
RAA

Tuesday, August 26, 2008

Sesekali

Sesekali ku terfikir
Tabahnya hati menghitung hari
Berkali disakiti
Terus di sini


Sesekali kau jengahlah
Singkapkan tabir hati
Betapa aku tersiksa bukan sekali
Merendah diri sewaktu kau meninggi


Sesekali hitunglah
Waktu-waktu pernah bersama
Biar kita sebenarnya tidak pasti


Sesekali renunglah
Apa sudah jadi
Kau dan aku
Mungkin tidak lagi sehati


Sesekali mungkin aku perlu pergi
Jika kau tidak terus mengerti
Tetapi ketika itu bukan lagi sesekali
Kerana aku tidak lagi ingin kembali

RAA....


Monday, August 25, 2008

Kaduk Naik Junjung






Usah sesekali menoleh selepas membuat keputusan. Kini selepas bertahun menjadi wartawan, dengan pencapaian yang dinafikan, saya membuat keputusan untuk mencuba sesuatu yang baru demi kehidupan yang lebih baik.Saya percaya masih ada sinar di penghujung jalan.


Mencari peluang dan kesempatan adalah satu cabaran selepas berzaman dalam bidang ini. Tetapi rezeki ada di mana-mana.


Saya akui sukar untuk keluar dari kepompong ini. Apapun dengan suasana yang memeritkan minda, saya nekad, tiada apa lagi yang dapat mengubah pendirian.


Saya tertanya-tanya, mengapa dalam organisasi sebegini tiada pelaksanaan kod etika dan garis panduan. Akhirnya, profesionalisma dalam kewartawanan hanya tinggal nama.


Wartawan mudah digertak dan tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. Ada kala kerani memanggil " ha tu budak reporter", " alah reporter jer", " eh berlagak jadi reporter". Rendahnya kedudukan seorang wartawan.


Mungkin di luar kami dilihat gah, tetapi hakikatnya terlalu sukar untuk diungkap. Jika Rahim Kajai hidup mereka yang kurang ajar sebegini akan dimaki berlori. Dengan semangat Said Zahari(bekas Ketua Pengarang Utusan yang merengkok berbelas tahun dalam ISA) kami cuba bertahan. Hakikat yang perlu diakui, di sini, sama ada anda graduan atau berkelulusan sijil, semuanya sama. Mungkinkah ini penghinaan kepada mereka yang berhempas pulas ke menara gading dan membulatkan nekad untuk menjadi pembela masyarakat?


Bagi yang tidak berkelulusan tetapi diberikan pangkat, berlagaklah sepuasnya, kerana kamu seumpama "Kaduk Naik Junjung".

Friday, August 22, 2008

nasi lemak sambal tumis


Nasi lemak dan sambal tumis atau sambal ikan bilis adalah pasangan sejoli. Satu kemastian untuk merasa kenakkan sarapan ruji rakyat negara ini. Sejajar dengan perubahan zaman, nasi lemak bukan lagi menjadi dihidang di waktu pagi, ia boleh didapati sepanjang masa. Jika dulu nasi lemak hanya terdapat di warung dan kedai, sekarang nasi lemak diberikan martabat. Kedudukan yang setanding dengan makanan yang dimport.
KFCpun dah tahu berniaga nasi lemak...
Paling ketara nasi lemak mengalami evolusi, lauknya bukan lagi sambal bilis. Macam-macam aksesori. Dari paru goreng, rendang, dendeng sampai kepada pabedom. Nasi lemak dah menjadi hidangan Malaysia.
Saya suka sangat makan nasi lemak. Tapi masalahnyer saya tidak tahan makan sambal bilis yang terlebih belacan. "Ekzos" saya mesti ada masalah.
Tetapi kalau makan nasi lemak tanpa sambal, ibarat lagu tanpa irama. Dekat Jalan Trus, di tapak stesyen bas lama, ada satu kedai, Warung Pak Mat, saya dah lama tak balik JB, tetapi dulu saya tidak pernah lupa menjengah dan santaikan perut saya dengan nasi lemak dia. Mintak sambal dan paru goreng ekstra. Tetapi selepas bertahun saya tidak tahu sama ada warung beliau masih lagi wujud ataupun tidak.
Kalau nak ayam goreng yang kick, cuba pergi ke Senibong. Warung dia terjulur ke dalam Selat Tebarau, nasi lemak dengan beras bhasmati...woww berasap.
Semasa membesar di Kuala Terengganu, ada seorang mak cik yang saya panggil Wer Jah, dia jual nasi lemak memang sedap, tapi dengar cerita, resepi rahsia sambal dia bawa mati. Tak jumpa lagi nasi lemak sesedap itu.
Sekarang nasi lemak ada di mana-mana, masalahnya nak dapatkan yang" authentic"amat susah, bukan sekadar dibalut dengan daun pisang.
Paling ketara sekara nasi lemak yang dijual lebih rasa belacan daripada sambal bilis...macamana tu?

Wednesday, August 20, 2008

nak jadi apa

Seingat saya, dari kecil saya ditanya Tok Ki, awak bila besar nak jadi apa? Saya pada masa itu tidak terlintas apa-apa. Cuma seingat saya ketika berusia 12 tahun, saya tanamkan tekad untuk menjadi seorang guru, wartawan dan peguam. Bermula dari situ apabila memasuki sekolah menengah saya tidak pernah menoleh.
Peluang menjadi guru tercapai sewaktu saya menunggu keputusan STPM. Saya meminta ditempatkan di kawasan yang sememangnya terpencil di Setiu, Terengganu. Setiap hari saya berulang alik dari 708 dengan jarak hampir 150km. Di sini pengalaman pertama menjadi pendidik. Melihat anak-anak pedalaman datang ke sekolah hanya berkaki ayam wal hal kita telah lama merdeka. Saya tidak lama mengajar di Sekolah Rendah Jelapang. Di sini saya banya tersentuh dengan kebaikan budi masyarakat desa. Sebagai generasi keempat yang cuba menceburi bidang perguruan, saya dapat merasakan bagaimana moyang saya mengajar di Kuala Terengganu pada awal abad ke 20.
Saya juga banyak berkongsi cerita dengan arwah nenek saya Zaharah Abdullah@ Cikgu Arah yang begitu berbangga menjadi cikgu dan begitu dikenali di sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi. Saya tidak lama mengajar kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti. Saya harap ada antara mereka yang pernah saya didik yang berjaya.
Saya juga menjadi guru sementara sebaik habis belajar, sementara menunggu tawaran kerja. Saya pernah mengajar di Bukit Senyum, Johor Baharu, sebelum mendapat tawaran sebagai Pegawai Tadbir Negeri.
Walaupun tidak lama, saya lalui sendiri kerjaya yang kebanyakan diceburi ahli keluarga kami. Sesuatu yang menyeronokkan.
Tetapi apabila mendapat tawaran sebagai Pegawai Tadbir Negeri, ia satu kerja yang berprestij. Bayangkan daripada beribu calon yang memohon hanya 11 orang yang dapat termasuk saya. Ketika ditemuduga, saya masih ingat barisan PAC, ada yang mengenali keluarga saya, atau saya dipilih kerana sememangnya saya layak. Saya kerja hampir dua tahun dan meletak jawatan di saat hendak disahkan jawatan. Bukan apa saya tak tahan ditempatkan di Majlis Agama Islam Johor.
Walaupun melakukan kerja-kerja pentadbira, jiwa saya bukan di situ. Walaupun tidak mencapai cita-cita menjadi peguam, saya masih mempunyai peluang untuk menjadi wartawan. Dulu tawaran datang serentak, menjadi Pegawai Tadbir atau Wartawan. Saya ikut pilihan keluarga, apakan daya jiwa saya bukan di situ.
Saya akhirnya nekad menjadi wartawan, walaupun keputusan saya menyakitkan hati orang tua...(Mak& Abah, Abang Wad, Kak Long dan lain-lain maafkan saya dunia dan akhirat). Saya cuba menjadi seorang "newsman".
Selepas hampir setahun setengah, saya akui sukar dan berpatah balik. Keluarga saya gembira dengan keputusan untuk kembali semula ke JB. Kali ini sebagai eksekutif di JCorp. Saya ditempatkan di Pejabat Ketua Eksekutif. Satu lagi perkara yang saya lakukan bertentangan dengan naluri dan kehendak saya. Selepas dua tahun, saya mencuba sekali lagi dan akhirnya menjadi wartawan semula. Kini selepas lapan tahun, saya sering tertanya apa yang dicari dalam hidup...apakah mencapai kepuasan, walaupun dulu ketika berbahas dengan keluarga saya katakan, pangkat dan wang bukan matlamat hidup saya.
Saya perlu terima hakikat, adakalanya kita perlukan itu semua.
Kini saya cuba meneroka kerja yang baru, mencari peluang untuk kehidupan yang lebih baik. Itu yang saya tercari-cari.
Saya amat meminati dunia kewartawanan. Saya dah korbankan masa, komitmen dan apa sahaja untuk itu. Kini saya terfikir, apakah saya sudah mencapai kepuasan yang saya cari....Jawapannya TIDAK.
Saya sangkakan dulu, saya mampu pergi jauh, tetapi ternyata ada sahaja halangan, ia banyak bergantung kepada pelbagai faktor.
Sekarang baru saya tahu kenapa Mamoo tinggalkan kota Paris. Menjadi seorang surirumah tangga dan berada jauh di Terengganu. Bulan lalu ketika saya merasa tertekan, beliau memberikan satu tips" Kemodenan perlu dilihat dari sudut negatif. Apa yang A.. lihat sewaktu berada di Milan? Paris? Kemodenan adakala membawa keburukan. Masyarakat yang terlalu materialistik" Saya jawab qui...ya. Kata-kata itu membawa maksud yang mendalam bagi saya.
Ini kerana sikap materialistik, wujudnya budaya kawan makan kawan.
Dengan menjadi wartawan saya mempunyai peluang untuk menggembara. Mencari dan mengenali kemanusian. Paling penting KESAKSAMAAN. Naluri untuk menggembara sentiasa ada. Mungkin darah ini mewarisi semangat nenek moyang kami, yang merentas lautan. Cita-cita untuk belayar tidak pernah padam. Walaupun pernah merentasi Selat Melaka, cita-cita saya ingin pergi jauh, seperti Martin Perrot yang belayar dari Perancis dan akhirnya memilih Terengganu sebagai destinasi.
Kini dengan kerjaya sebagai wartawan, banyak tempat yang sudah saya jejaki. Saya masih tidak berpuas hati. Saya pernah menjejaki laluan sehingga ke Eropah, tetapi dengan kapal terbang!!!!! ingin sekali belayar sebagaimana Mamoo lakukan.
Saya berharap, impian untuk menggembara akan menjadi kenyataan. Untuk itu saya perlu kumpul wang dan mencari kerja lain yang lebih baik yang memungkinkan saya mencapai apa yang didamkan.
Saya tidak pernah menyesal menjadi wartawan. Kerana keputusan ini datang dari hati saya sendiri. Tetapi apa yang dikesalkan persekitarannya. Budaya tikam belakang dan mengipas kini menjadi budaya. Ini bukan perkara baru. Sejak dulu memang dah ada tetapi bezanya, ia seolah-olah menjadi syarat untuk berjaya. Itu amat mengecewakan.
Mungkin untuk pergi lebih jauh, saya perlu keluar dari sini. Kini saya mencari-cari. Semoga masih ada peluang dan kesempatan.

Tuesday, August 19, 2008

Tangani stress

Stress ada di mana-mana. Yang paling baik, bagaimana cara kita menanganinya. Itu yang mustahak. Stress boleh terjadi daripada sekecil-sekecil sehingga sebesar-besar sebab. Saya percaya setiap agama atau apa jua disiplin hidup mempunyai pendekatan tersendiri yang membawa ke arah positif untuk menangani stress.
Kekadang apabila bercakap menangani stress kita sepatutnya membuka ruang yang lebih luas dan tidak tertakluk kepada satu hala sahaja. Pendekatan agama mungkin yang terbaik. Dulu bila rasa tertekan terutama berdepan dengan masalah, orang tua saya selalu mengingatkan supaya beristighfar, kalau tidak mampu lagi mengambil wudhu' atau membaca al Quran.
Pagi ini sehingga tengahari tadi saya sendiri berdepan dengan stress. Penat melayan kerenah. Paling saya tidak suka, saya berada di depan mereka, kenapa perlu bercakap di belakang. Saya amat tidak faham.
Kegagalan berkomunikasi secara dua hala adalah penyumbang utama kepada perselisihan. Bayangkan dalam keadaan kepenatan mengerah otak, seseorang yang lain memberitahu yang si A tidak puas hati kerana saya seolah-olah over rule dia. Ini tidak sepatunya berlaku apabila si A mengambil pendekatan yang profesional dan berfikiran positif. Apakah alasan si A yang kononnya senyum manis kepada saya dan pada masa yang sama mencanangkan cerita yang saya giler kuasa. Saya cukup tidak faham.
Kerja bagi saya adalah ibadat dan ia perlu dilakukan dengan penuh komitmen dan penuh amanah. Datang kerja bukan hanya untuk mengira jam dan meninjau keadaan. Sayang sekali, dia hanya tahu menunding jari ke arah orang lain. Betul sebagaimana teori Freud.
Saya juga tidak faham, sampai bila keadaan ini berterusan. Sepatutnya sebarang rasa tidak puas hati perlu datang bersemuka. Belajar mendengar pandangan orang lain dan paling mustahak kesediaan untuk menerima kekurangan. Kita bukannya makhluk yang sempurna.
Penat...penat...penat..hendak melayan kerenah manusia macam ni. Saya banyak lagi kerja, dan pada masa yang sama perlu melayan tingkah laku macam ini.

Monday, August 18, 2008

Bahasa Terengganu

Pagi tadi, sebaik memasuki pejabat hujang turun dengan lebat. Tiba-tiba Sue, salah seorang rakan sepejabat bertanya "Bang Hujang ke" Seperti biasa akan ada penambahan "g" di belakang.
Saya menjawab dalam bahasa Terengganu, " tak di nampok jok ong, ni hujang rok rek". Sue tercenggang, walaupun dia berasal dari Kuala Terengganu, dia kata tak pernah dengar perkataan macam tu.
Apa yang berlaku memberikan petanda, bagi sesetengah masyarakat Terengganu yang berhijrah ke luar, beberapa keunikan dan perbendaharaan dialek Terengganu akan berkubur, jika tidak ada sebarang usaha dilakukan. Kalau tidak silap saya, berdasarkan kajian linguastik yang dilakukan, terdapat lebih 5000 perbandaharaan kata dalam bahasa Terengganu. Berikut beberapa perbendaharaan kata.
ngakah=menyelongkar
gogeh=goyang
karih=kacau, sama dengan dialek Melayu Sarawak
celeng=tabung duit
jok ong=redup
pokok hari=cuaca
jenere=lena
cakna=prihatin
cak duh=leka
dan banyak lagi...
Saya rasa beruntung, walaupun berpindah randah, keluarga kami terus mengekalkan keunikan dialek Terengganu, walaupun dulu saya pernah "lupa diri" kerana bercakap dalam dialek Riau Lingga kerana lama tinggal di Johor Baharu.
Kami juga jadikan pertuturan bahasa Terengganu sebagai trademark keluarga. Bulan Mei lalu sewaktu bercuti ke Perancis, saya dan Hamid Gaspard masih bertutur dalam dialek Terengganu. Kebetulan pada masa tu terdapat sekumpulan pelajar Melayu yang makan di kedai yang sama. Salah seorang menyampuk kepada Hamid, muka mat salleh, awak bercakap bahasa apa? Hamid jawab dalam slanga Terengganu..." bahasa kite, orang Ganu". Keluar dari kedai Hamid mengumpat " Eh tadi oook di tengok kite macam atu raye" Tadi dia tengok kita macam hantu raye...saya gelak.
Bila mengulas mengenai bahasa Terengganu, terdapat dua perbezaan ketara sama ada dari sudut sebutan dan bentuk penggunaan.
Secara ringkasnya, kami dididik dan didedahkan dengan bahasa "Terenganu Dalam" bahasa "Terengganu Halus" amat perlahan dan berlagu. Bahasa ini dipertuturkan golongan bangsawan Terengganu. Kalau hendak berkata tidak, bunyinya amat amat lembut " dok tahu gok", dok oh" .
Kekadang apa yang ditonjolkan dalam drama atau sebenarnya bahasa yang kasar. Seperti " Wat benda horr", dalam bahasa halus " nda-pe ". Kalau ditanya jawapan bahasa kasar "horr" sedangkan bahasa halus "yer". Dulu masa kecik saya pernah kena sempak dengan nenek saudara apabila ditanya saya jawab" hoorr" Lepas tu serik dan ingat sampai sekarang.
Paling ketara bahasa kasar kebanyakan dipertuturkan di pasar Bunyinyer amat keras. Cubalah ke Pasar Kedai Payang dan dengar sendiri perbezaan.

Sunday, August 17, 2008

ONE DAY IN YOUR LIFE

One day in your life
You'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around, you
One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day . . .
One day in your life
When you find that you're always waiting
For the love we used to share
Just call my name, and I'll be there
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day . . .
One day in your life
When you find that you're always longing
For the love we used to share
Just call my name,
and I'll be there.

TAHU

Perlu kau tahu
Aku mencari firasatmu
Di balik mimpi-mimpiku


Perlu juga kau tahu
Yang sayangku berpanjangan
Tak seperti kau sangkakan


Ku perlu tahu
Di mana silapku
sehingga terbawa semalam
Di hujung rinduku


Kau perlu tahu
Aku tidak termampu
Selamanya menunggu


Dan aku tahu
Kau sering mengujiku

Dan tidakkah kau tahu
Di mana tempatku
Di hatimu.

Saturday, August 16, 2008

WALL.E






Minggu lepas berkesempatan tengok WALL.E, best giler walaupun cerita animasi. Menurut pengarah, Andrew Stanton, IDEA untuk menghasilkan filem animasi Wall.E ini tercetus sejak 14 tahun lalu dan pembikinannya pula hanya bermula sekitar 2004, dia memang sengaja mengambil masa untuk menghasilkannya kerana dia mahu filem itu terhasil dengan penuh kesempurnaan.


Dan andai kesempurnaan yang dimahukan, nyata impian Stanton itu tercapai jua kerana filem ini bukan saja sempurna dari segi pembikinannya tetapi juga amat menyentuh perasaan buat sesiapa yang menontonnya......Robot bercinta...bukan aja manusia.


Kisah berkisar kepada kehidupan sebuah robot Wall.E (Wall Allocation Load Lifter Earth-Class) namun Wall.E bukan seperti robot biasa. Di sebalik fizikalnya yang diperbuat daripada besi ia mempunyai personafikasi seperti manusia. Robot yang hidup sendirian di bumi, selepas manusia berhijrah ke galaksi lain. Lebih kurang 700 tahun, kerja WALL.E tak ada lain, hari-hari bersihkan sisa sampah yang ditanggalkan manusia, yang kononnya bertamadun, sehingga malas berjalan dan bergerak.


WALL.E hanya ditemani seekor lipas sebagai kawan rapat...bab ni banyak aksi lucu yang boleh buat penonton suspen dan tergelak, Wall.E yang keseorangan di atas bandar yang sunyi sepi dan tandus. Namun kehadiran robot EVE (Extra-terrestrial Vegetation Evaluator) yang secara tiba-tiba muncul di muka bumi membawa perubahan terhadap Wall.E. Dia mula mengenal apa itu cinta. Robotpun tahu apa itu sunyi...apatah lagi kita kan???


Klimaks bermula di sini bila EVE berjaya menemui anak benih yang disimpan WALL.E, Misi EVE berakhir dan dia terpaksa dibawa pulang ke kapal angkasa yang dihuni manusia. Demi cinta WALL.E menggunakan segala kudrat...cesssss kat sini WAll.E macam out dated sikit teknologi, sebab robot lain dah canggih..

Nak tahu lebih lanjut jom gi tonton....207, kalau ada masa gilah tengok...mesti gelak.

AYAT-AYAT CINTA-ROSSA

AYAT-AYAT CINTA
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Ketika ku bersujud
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Friday, August 15, 2008

Hati Yang Terluka


Kan ku cari jalan yang sunyi
Untuk menghindar diri dari mu
Ku berjanji di dalam hati
Tak kan lagi ku menjumpai mu
Di tengah nya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hati ku membeku
kau yang telah membuat luka di hati ku
kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cinta ku jadi benci
Di tengah nya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hati ku membeku
kau yang telah membuat luka di hati ku
kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cinta ku jadi benci

Thursday, August 14, 2008

Barcelona dan La Ramla











IC




Sewaktu rumah 708 hendak dirobohkan, saya bergegas balik dari KL. Rumah yang telah bersepah, tetapi ada satu almari lama yang berusia seratus tahun yang tidak terusik. Ramai yang tidak berani gatal tanga sebab dia orang beranggapan, almari itu "berhantu". Hati saya ingin tahu apa isinya. Dulu masa kecil-kecil, almari itu menjadi tempat kakak-kakak saya sembunyikan surat cinta.


Bila selongkar, memang saya jumpa banyak barang lama, tetapi sayang kebanyakan dah rosak. Paling berharga satu barang yang menjadi milik warisan keluarga kami dan satu lagi IC yang selama ini saya sangka hilang. Selepas 22 tahun saya jumpa semula, bila tengok, naifnya dengan muka yang sama sekali berbeza...












Wednesday, August 13, 2008

budi@bahasa

Mulakan setiap hari dengan perkara baru, itu pesan ringkas kebanyakan pakar motivasi bagi berdepan dengan kerenah di tempat kerja. Tetapi frasa itu menimbulkan persoalan bagaimana kalau perkara lama berulang saban hari? Bukan sehari, bukan sebulan tetapi bertahun. Mungkin ia tidak begitu relevan dalam situasi tertentu dan perlu diperbetulkan.
Setiap manusia mempunyai ragam tersendiri. Itu hakikat. Dengan keunikan tersendiri kekadang ada antara kita yang tidak peduli dengan apa yang dirasa orang lain. Spesis seperti ini dikenali manusia pentingkan diri sendiri. Yang aku tahu, aku ada perasaan, itu mungkin yang ada dalam kepala otak mereka.
Perkara yang paling menyakitkan hati apabila berurusan dengan kategori seperti ini. Bayangkan, jika perbualan dimulakan dengan ucapan"boleh minta tolong", dibalas dengan nada yang tinggi" apa dia", "suka hati akulah, kalau free aku buat". Paling menyakitkan hati apabila diberi barang dan dicampak.
Saya percaya setiap organisasi mempunyai piagam pelanggan dan benchmark, kekadang terfikir, yang ini semua berguna sewaktu berurusan dengan pelanggan, bagaimana pula bila berurusan dengan sesama pekerja. Di sini letaknya profesionalisme dan kod etika. Tetapi berapa kerat yang mengaplikasi ini semua. Lebih memburukkan keadaan apabila mereka yang dikategori dalam spesis ini memegang jawatan yang lebih tinggi dari orang lain, dia lupa serobong hidung sepatutnya ke bawah, tetapi dek rasa bongkak dan bangga, lubang hidung dia dah jadi macam lubang serobong keretapi wap.
Siang tadi saya diherdik, dek kerana minta tolong, bukan pertama kali diperlekehkan. Terlintas ikutkan panas baran, dibaling sahaja, tetapi saya kena berfikiran positif sebab sebelum itu saya menasihatkan kawan saya supaya melepaskan marah dengan menarik nafas panjang-panjang dan lepaskan. Saya beredar dan buat perkara yang sama, ok terasa lega.
Mungkin dia rasa saya tidak sama taraf dengan dia, atau dia sudah merasakan berada di kedudukan yang tinggi. Bezanya ketara bila dia dipanggil bos, mulalah dengan bahasa dan gerak badan yang sopan santun walhal hipokrit. Mungkin kerana lakonan inilah spesis ini dinaikkan pangkat, sedangkan kelayakan akademiknya jauh panggang dari bara. Mungkin dengan cara ini mereka boleh menutup kelemahan diri. Caranya cari kelemahan orang lain, jaja kepada bos.
Memang tidak dapat dinafikan, hidup mesti diserikan dengan lawak dan gelak ketawa, tetapi kebanyakan mereka menjadikan kelemahan orang lain sebagai bahan lawak. Bagaimana kalau dia berada pada kedudukan orang yang ditertawa? Apakah mereka yang ditertawa itu tidak ada harga diri dan perasaan. Ini satu penderaan. Lebih buruk kalau yang diketawa mempunyai kecacatan fizikal. Sesekali cuba berada pada tempat itu. Kalau tidak hendak letak diri sendiri, cuba letak anak sendiri pada tempat yang sama, hayati gelak ketawa yang dibuat...mesti dapat rasa, macamana sakitnya hati.
Kekadang mereka ini tidak mempunyai profesionalime langsung apabila cuba menjaja kisah peribadi@ kisah dalam kain. Bab ni paling menyampah.
Sesekali timbul persoalan, sampai bila nak berdepan dengan spesis macam ini. Yang pasti mereka ada di mana-mana. Sekarang bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk berdepan dengan mereka.

Monday, August 11, 2008

BARCELONA LAGI











Keindahan seni bina Barcelona sukar diungkapkan dengan kata-kata. Kota Sejarah, Kota Cinta dan Kota Arca ini, perlu dikunjungi sesiapa yang ingin memulakan pengembaraan ke bumi Andalusia. Sepertimana kota di benua Eropah yang lain, ia kaya dengan senibina Reinansance dan Moden Kontemporari. Di sini lahir ramai para arkitek hebat.

Sunday, August 10, 2008

BARCELONA









Perjalanan saya ke Eropah selama 16 hari bermula di Barcelona...Bandaraya Seni Bina, Christopher Columbus memulakan perjalanannya ke Dunia Baru bermula di sini.

Jatuh Ditimpa Tangga

Tak ada benda lain ker nak langgar? Dah ter.....apa nak buat.


Tak sampai 3 minit, satu lagi keajaiban berlaku, pemegang pintu pulak patah...uwaaaaa
Kalau nak berlaku kat mana-mana boleh berlaku, itu kata yang dapat menyejukkan hati. Kata orang Negeri Sembilan...opo nak dibuek..kata orang Terengganu, nok buat guane, benda hok nok jadi.
Segalanya bermula pagi tadi sewaktu hendak pergi ke kenduri bekas rakan sepejabat. Dua perkara berlaku serentak.
Yang pasti, bulan ni bajet akan lari.......



BAHRAIN







Transit di Bahrain, selepas dua juma tersadai di lapangan terbang.

Saturday, August 9, 2008


haaaa anak inilah saya, di rumah 708.

tek yoooot

tek yooot, mungkin ramai yang tak dapat meneka, apa dia tek yooot. Ia slanga budak pelat. 9 tahun dulu, anak buah saya, Emran dengan mata sepet dan badan yang sihat, selalu datang dan cakap" Uncle Charlie tam yeaaaa, tek yooot. Uncle Charlie come here, sakit perut...sampai sekarang walaupun Emran dah berusia 12 tahun dan hampir tinggi dengan saya, saya 178 cm dia dah 168 cm, ayat ini masih menjadi usikan saya setiap kali jumpa Emran.
Malam ini bukan lagi Emran yang cakap tek yooot tapi saya. Hari ni saya berpeluang makan nasi. Sebenarnya sejak 2 tahun lalu, saya mengawal pengambilan karbohidrat, terutama nasi. Hasilnya dari 80 kg saya pernah turun kepada 63 kg dalam masa beberapa bulan. Tapi sekarang saya mengekalkan berat badan 67.5 kg, ni terbaru. Berhenti mengambil nasi memang berkesan, tetapi berapa ramai antara kita yang sanggup, termasuklah saya.
Berbalik kepada makan nasi. Selepas seminggu, tadi tiba-tiba terlintas untuk makan nasi. Selepas sembang dengan 207, terbayang nasi lemak, saya dah janji dengan dia nak makan nasi lemak minggu depan, tetapi godaan dan dugaan akibat tekanan di tempat kerja, saya mengambil keputusan untuk makan nasi lemak di One Utama, malang nasib saya, nasi lemak tak sedap...rasa belacan jer.
Sebentar tadi sebaik habis kerja, ada dua orang kawan ajak keluar makan.(hancussss diet)Mak Lampir berikan alasan yang dia nak belanja sebab hari ni Hari Jadi dia. Mula-mula pergi Killiney Kopitiam, waduhhhh kecewa, kedai dah tutup. Nanti kena telefon tuan kedai kenapa tutup awal. Akhirnya kami pergi ke gerai makanan berhampiran. Alahai Bintang Sue pulak tutup...dua kali terkedu. Tak ada pilihan kami duduk kat situ. Dua orang makan laksam tapi saya dah ketagih nasi. Makan Nasi Kerabu dengan ikan goreng tepung. Waduhhhh tunggu setengah jam baru dapat...Dah pesan tak nak budu, tapi budu juga yang dicurah. Makan ajalah Labu....dah rezeki depan mata. Nak yang real punya makan dengan tangan...gaul. Tapi saya lupa tangan saya alah dengan budu, bukan apa sampai sekarang bau dia masih melekat, sekarang ah berapa kali cuci dah sapu losyen masih kuat. Ehh kenapa bau CK, Kenzo dan Issey tak melekat macam ni.
Tak tahan bila balik asyik bersin, bukan itu sahaja...tek yooot datang sekali. Jangan kena ceri beri dah, walaupun dah 2 kali dah ke tandas. Tahu tak apa dia ceri beri???? Ceret Beret. Itu yang saya takut. Kenapa ekkk. Mungkin 207 ada jawapan bila baca blog ni.
Mungkin juga perut saya dah penuh sangat hari ni. Makan, makan dan terus makan....kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup???
Alahai kena minta diri dulu, tandas dah panggil..

Friday, August 8, 2008

Kaulah Segalanya

Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini...
Oh...
Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya...
*Kaulah segalanya untukku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkinku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Kau takkan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya...
*Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Wooo....
*Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

rokok@tandas

Merokok membahayakan kesihatan, semua orang tahu. Bagi kaki rokok, selagi ada daya di situ ada kemahuan. Sejak 2 tahun lalu, undang-undang melarang premis awam seperti kompleks membeli belah, pusat riadah dan lain-lain, dijadikan tempat merokok. Satu tindakan yang bagus bagi mengekang tabiat ini.
Tapi bagi kaki merokok ada sahaja, cara untuk melepaskan gian. Tempat yang paling baik adalah tandas....di rumah, tempat kerja, sekolah, kompleks membeli belah dan di mana sahaja, pasti ada tandas. Ini satu kelebihan.
Sesetengah individu seperti saya, tabiat merokok sukar ditinggalkan. Bermula secara kecil-kecilan pada usia 14 tahun sehingga sekarang hampir mencecah 40 tahun, sukar untuk tinggalkan tabiat ini. Majoriti kajian mengatakan merokok membahayakan kesihatan. Saya setuju 100 peratus. Tetapi untuk berhenti itu yang payah.
Bagi mereka yang pernah berada di sekolah berasrama, tandaslah tempat yang selalu menjadi sasaran spot check. Ramai yang kantoi dan kena public canning. Sakit oooooiiiii kena sebat kat bontot. Sakit tak apa lagi, yang tak tahan surat guru disiplin melayan ke rumah. Ni yang tak best ni.
Semasa di SMAASZA dulu, ramai yang tak tahu saya merokok, tipsnya mudah bagi mereka yang tinggal di asrama, jangan kongsi rokok dengan kawan-kawan. Kalau gian sangat pergi belakang tempat yang orang takut..."berhantu" pasti selamat. Satu lagi simpan rokok kat kawasan terbiar, longgokan meja ker, celah surat khabar lama ker..cubalah. Jangan sesekali letakkan bawah bantal.Kalau kongsi ramai-ramai, satu kantoi semua kantoi. Selama 4 tahun saya terselamat....alhamdulillah. Tidak pernah dijemput untuk naik ke dewan untuk menerima anugerah rotan...tidak seperti John, sekarang Pendaftar Fakulti Undang-Undang UKM....banyak pingat ko dapat, bukan sarjan...tapi kolonel. Akibat rokok di tandas juga ramai yang kena buang sekolah. Tengok macam Semut, Joe(Singkatan Jongang) dan Tom (Singkatan Tompel)...siapa sangka walaupun kena pecat ko orang dapat juga masuk U.
Bila sambung belajar kat U, rokok dah bebas, tukar citarasa dulu Dunhill, tukar kepada Salem, lepas tu Marlboro . Jumpa member baru kaki rokok. Yang pasti masa di Kamsis F, tandas kami semua berasap. Dari asrama sehinga ke flatlet.
Dua tahun lepas masa jumpa Wo Ann kat Alam Tamadun Melayu yang tgh buat phd, tandas juga jadi tempat kami melepaskan gian. Yerlah sekarang ni peraturan ketat. Dulu boleh main cak kun cap dgn pak guard dan mak guard...kejar mengejar, sekarang dah tua, tak sanggup lagi. Jadi tempat paling selamat adalah di tandas.
Dulu masa jadi orang gomen, tabiat yang sama. Hisap rokok kat tandas. Yerlah kita ni penjawat awam ramai yang dok tengok.
Tetapi yang ketara, merokok diharamkan di rumah. Bila orang tak ada tandas juga jadi pot. Yang tak best kena sound pasal bau...
Sekarang bila ada umah sendiri, tandas juga menjadi tempat best untuk merasa nikmat asap...
Bagi mereka yang tak biasa jangan mencuba, kan nanti kena semput....kalau nak merasa kelainan selamat mencuba.....Best bak kata kawan saya, 207, yang hobi dia suka merokok kat tandas.....sesuatu yang menyeronokkan. Saya sokong.

Thursday, August 7, 2008

Bukit Kecil@DID

708, Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu....alamat yang ringkas. Rumah pusaka yang diwarisi lima generasi. Lima buah bilik dengan dua ruang tamu. Ada garaj dengan sebuah bilik setor. Rumah yang punya sejarah yang panjang, dari kawasan Istana Batu Buruk, dipindah dan dibina semula. Di kenali sebagai Rumah Potong Belanda. Lantai cengal dan dinding seraya dari hutan Pahang.
Ceritanya rumah itu dibina semula dengan mendapat petunjuk ulamak Terengganu ,Haji Mat Shafie, dibina menghadap matahari naik dan setentang dengan arah kiblat.
Tapi perubahan masa, kami tidak lama di rumah yang pernah menjadi antara rumah tercantik di kawasan itu pada satu masa dahulu.
Seingat saya ramai saudara mara dari serata Malaysia datang dan suka tinggal di rumah kami. Keluarga dari Johor Bahru, Singapura, Sabah, Arab Saudi dan Perancis. Unik rumah ni. Pernah satu ketika ia dikelilingi 9 batang pokok mempelam yang mana benihnya dari Bangkok. 7 batang pokok kelapa. Ada telaga kat belakang umah walaupun kami tak guna sebab ada bekalan air paip. Kesudahannya perigi tu jadi perigi buta...tempat kami lepaskan ikan haruan atau sepak.
Secara tiba-tiba teringat rumah lama ni. Gambar lama masih kami simpan.
Kerana tuntutan masa, kami semua terpaksa tinggalkan rumah yang bersejarah ini. Teringatkan Cik Jah yang kerja cuci kain, Wan Zainab yang menjadi tukang masak, dia kami suka usik, sebab dia tak boleh tengok daging, dia akan menjerit dan lari lintang pukang. Cik Jah adalah pembantu yang paling setia. Ketika kami semua berada di Kuala Lumpur, arwah Wan keseorangan, dia tetap datang dan temankan Wan di malam hari dan sikatkan rambut setiap pagi, walaupun tidak dibayar apa-apa. Itu yang dikatakan kekihlasan. Saya sendiri tertanya ke mana perginya mereka yang pernah bekerja di rumah itu. Pak Li, Pak Cik Jamal, Pak Cher dan Pak Weil yang setiap hari hantar ikan segar dan ramai lagi, ingin sekali mencari tetapi masa yang terbatas membantutkan hasrat itu.
Atas faktor tertentu, rumah tu terpaksa dikosongkan dan Wan akhirnya terpaksa menurut kehendak anak cucu dan berpindah randah dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Setelah kosong hampir 10 tahun, 1994-2004 kami mengambil keputusan menjual rumah yang pernah menjadi tempat arwah Tok Ki bertemu rakan politiknya.
Saya sedih kerana rumah tempat kami dibesarkan, terpaksa dirobohkan. Bukan kerana tuntutan kewangan, kerana rumah itu akhirnya jadi rumah tinggal, usang dan tidak terjaga. Pernah bagi sewa, tetapi niat baik kami yang tidak kisah mengenai sewa diambil kesempatan, sebuah bilik yang penuh dengan barang tembaga, termasuk beberapa koleksi pakaian arwah Tok Ki dipecah dan dibawa lari. Paling berharga bekas bakar kemenyan yang berusia lebih 200 tahun.
Sekarang bila balik ke Kuala Terengganu, saya tidak pernah lupa menjengah tapak, 708. Keramahan jiran, keunikan keluarga kami yang terdiri daripada pelbagai bangsa, berkubur di situ.
Bulan lepas, Boris balik ke Terengganu selepas 20 tahun berada di Perancis, dia sedih dan menangis kerana rumah kami tiada lagi...hilang sebagaimana hilangnya arwah Tok Ki kami. Bagi yang pernah berada di rumah ini, kalian tidak akan melupakan pengalaman tersendiri, Pak Heinz, Puan Maria, Boris, Maryam Julie Alice dan Clio dan ramai lagi, walau di mana kita berada, saya tahu, 708 akan kekal dalam ingatan kita sampai bila-bila, kerana rumah ini sebahagian daripada sejarah kita.
Saya sendiri selepas 20 tahun bergelandangan di Kuala Lumpur sering mimpikan rumah Potong Belanda itu. Satu-satunya rumah yang pernah ada peti telivisyen dan peti sejuk sewaktu awal tahun 70 an. Seingat saya ramai yang datang untuk tengok TV tapi ia tidak menganggu privasi sebab rumah tu ada dua ruang tamu dan ada 3 pintu masuk....Lagipun arwah Tok Ki dikenali sebagai seorang yang suka belanja sesiapa sahaja yang datang ke rumah kami. Ketika hayatnya, rumah ini tidak pernah sepi, dari peminta sedekah sehingga Tan Sri dan Kerabat Diraja, ada sahaja yang datang. Yang pasti, Wan akan menghidangkan mereka dengan kopi O dan keropok goreng.
Mungkin satu masa, saya mempunyai kesempatan membina rumah yang sama walaupun di lokasi yang berasingan...siapa tahu.
708 Jalan Bukit Kecil @ 708, Jalan DID, Kuala Terengganu...dan kereta Volvo TA50 tidak akan kami lupa.
My Heart
Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu
pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang
if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn?i risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart
pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin
tak akan pernah
sayang ku akan hilang
bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin
tak akan pernah
sayang ku akan hilang
if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win our love will conquer all
wouldn?t risk my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart