Thursday, August 28, 2008

Merdeka


Hampir semua rakyat pasti akan mengingati detik 31 Ogos...Merdeka. Tahun ini, pejam celik dah 51 tahun kita merdeka.


Saban tahun ada sahaja yang diatur pelbagai pihak, daripada individu sehingga ke peringkat kerajaan untuk mengingati deti keramat ini. Tidak tinggal berapa hari lagi, rakyat Malaysia akan diberi cuti kelepasan umum bagi menyambut detik gemilang. Walau di mana sambutan dibuat, semangat menyambut saat kelahiran Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali Malaysia pasti meriah.


Cuma disebalik kemeriahan itu, berapa kerat antara kita yang menghayati semangat generasi pejuang kemerdekaan. Kini selepas lima dekad, hakikat yang perlu kita terima semangat yang diperturunkan tidak lagi sepejal dulu. Kemerdekaan lebih kepada kemeriahan yang diselangi dengan pelbagai aktiviti. Lebih menjengkelkan ia disambut dalam bentuk parti-parti liar, lumba haram dan sebagainya.


Tidak sampai tiga hari lagi, berapa banyak slot rancangan telivisyen di negara ini yang menyiarkan program menyemarakkan kemerdekaan. Berbeza dengan tahun lalu, kali ini kibaran Jalur Gemilang amat kurang. Apa sudah jadi dengan pusat membeli belah. Sudahlah mewarisi nama penjajah, seperti Lot Ten, Pavillion, One Utama, The Curve dan sebagainya. Sesekali terasa hina, jumud sangatkah bahasa Melayu untuk dimertabatkan. Kalau di Manhattan terdapat restoran Bentara, yang mengangkat martabat nama dan makanan Melayu tetapi di sini, di bumi Malaysia, kita sendiri yang merendahkan apa yang kita ada. Mungkin jika Datuk Onn Jaafar masih hidup pasti belia akan menangis, apa sudah jadi dengan kita.


Mungkin juga segelintir pemimpin kita memetingkan retorik. Merdeka sana, merdeka sini, sedangkan pengisiannya hanya menjadi politik?. Ini sesuatu yang perlu difikirkan.


Mungkin juga semangat untuk menyambut kemerdekaan kali ini, sudah beralih arah kepada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, ini juga perlu difikirkan.


Ataupun, semangatnya dibayangi pembentangan belanjawan esok. Ini juga satu kemungkinan.


Apa yang penting selagi ada penghayatan semangat kemerdekaan, ia tidak akan menjejaskan sambutan.


Kepada media utama, cubalah buat tinjauan rambang, berapa ramai antara kita yang memahami erti kemerdekaan. Cuba tanya bangsa lain. Lihat jawapan. Bawa ke Parlimen. Bagi ahli politik hentikan budaya melatah, terima hakikat jawapan yang diperolehi. Apa dan di mana silap? Hentikan tunding jari. Paling memalukan, masih ramai antara kita yang gagal menguasai bahasa Kebangsaan. Paling dangkal, macamana jadi ahli Parlimen, jika bercakap masih gagal membezakan penggunaan kata itu dan ini.


Mungkin juga ia senario politik di negara ini.


Pantang ditegur....mula melatah. Lebih memalukan ramai yang telunjuk lurus kelingking berkait...Apa nak jadi????

No comments: