Tuesday, August 19, 2008

Tangani stress

Stress ada di mana-mana. Yang paling baik, bagaimana cara kita menanganinya. Itu yang mustahak. Stress boleh terjadi daripada sekecil-sekecil sehingga sebesar-besar sebab. Saya percaya setiap agama atau apa jua disiplin hidup mempunyai pendekatan tersendiri yang membawa ke arah positif untuk menangani stress.
Kekadang apabila bercakap menangani stress kita sepatutnya membuka ruang yang lebih luas dan tidak tertakluk kepada satu hala sahaja. Pendekatan agama mungkin yang terbaik. Dulu bila rasa tertekan terutama berdepan dengan masalah, orang tua saya selalu mengingatkan supaya beristighfar, kalau tidak mampu lagi mengambil wudhu' atau membaca al Quran.
Pagi ini sehingga tengahari tadi saya sendiri berdepan dengan stress. Penat melayan kerenah. Paling saya tidak suka, saya berada di depan mereka, kenapa perlu bercakap di belakang. Saya amat tidak faham.
Kegagalan berkomunikasi secara dua hala adalah penyumbang utama kepada perselisihan. Bayangkan dalam keadaan kepenatan mengerah otak, seseorang yang lain memberitahu yang si A tidak puas hati kerana saya seolah-olah over rule dia. Ini tidak sepatunya berlaku apabila si A mengambil pendekatan yang profesional dan berfikiran positif. Apakah alasan si A yang kononnya senyum manis kepada saya dan pada masa yang sama mencanangkan cerita yang saya giler kuasa. Saya cukup tidak faham.
Kerja bagi saya adalah ibadat dan ia perlu dilakukan dengan penuh komitmen dan penuh amanah. Datang kerja bukan hanya untuk mengira jam dan meninjau keadaan. Sayang sekali, dia hanya tahu menunding jari ke arah orang lain. Betul sebagaimana teori Freud.
Saya juga tidak faham, sampai bila keadaan ini berterusan. Sepatutnya sebarang rasa tidak puas hati perlu datang bersemuka. Belajar mendengar pandangan orang lain dan paling mustahak kesediaan untuk menerima kekurangan. Kita bukannya makhluk yang sempurna.
Penat...penat...penat..hendak melayan kerenah manusia macam ni. Saya banyak lagi kerja, dan pada masa yang sama perlu melayan tingkah laku macam ini.

No comments: