Friday, August 22, 2008

nasi lemak sambal tumis


Nasi lemak dan sambal tumis atau sambal ikan bilis adalah pasangan sejoli. Satu kemastian untuk merasa kenakkan sarapan ruji rakyat negara ini. Sejajar dengan perubahan zaman, nasi lemak bukan lagi menjadi dihidang di waktu pagi, ia boleh didapati sepanjang masa. Jika dulu nasi lemak hanya terdapat di warung dan kedai, sekarang nasi lemak diberikan martabat. Kedudukan yang setanding dengan makanan yang dimport.
KFCpun dah tahu berniaga nasi lemak...
Paling ketara nasi lemak mengalami evolusi, lauknya bukan lagi sambal bilis. Macam-macam aksesori. Dari paru goreng, rendang, dendeng sampai kepada pabedom. Nasi lemak dah menjadi hidangan Malaysia.
Saya suka sangat makan nasi lemak. Tapi masalahnyer saya tidak tahan makan sambal bilis yang terlebih belacan. "Ekzos" saya mesti ada masalah.
Tetapi kalau makan nasi lemak tanpa sambal, ibarat lagu tanpa irama. Dekat Jalan Trus, di tapak stesyen bas lama, ada satu kedai, Warung Pak Mat, saya dah lama tak balik JB, tetapi dulu saya tidak pernah lupa menjengah dan santaikan perut saya dengan nasi lemak dia. Mintak sambal dan paru goreng ekstra. Tetapi selepas bertahun saya tidak tahu sama ada warung beliau masih lagi wujud ataupun tidak.
Kalau nak ayam goreng yang kick, cuba pergi ke Senibong. Warung dia terjulur ke dalam Selat Tebarau, nasi lemak dengan beras bhasmati...woww berasap.
Semasa membesar di Kuala Terengganu, ada seorang mak cik yang saya panggil Wer Jah, dia jual nasi lemak memang sedap, tapi dengar cerita, resepi rahsia sambal dia bawa mati. Tak jumpa lagi nasi lemak sesedap itu.
Sekarang nasi lemak ada di mana-mana, masalahnya nak dapatkan yang" authentic"amat susah, bukan sekadar dibalut dengan daun pisang.
Paling ketara sekara nasi lemak yang dijual lebih rasa belacan daripada sambal bilis...macamana tu?

No comments: