Thursday, August 7, 2008

sarapan

Sarapan....topik utama bila hari tak kerja. Berbeza dengan orang lain, hari kelepasan saya bukannya pada hujung minggu. Jadi saya mempunyai kesempatan untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa hiruk pikuk. Yang best masuk pusat membeli belah tanpa kesesakan yang ketara.
Bagi kaki makan dan suka mencuba sesuatu yang baru, kopitiam menjadi satu kemestian. Mungkin ramai yang perasaan sekarang ni banyak sekali kopitiam....di mana-mana sahaja.
Saya ada pengalaman tersendiri dengan kopitiam. Bagi sesiapa yang tinggal di bandar Kuala Terengganu, ada satu kedai roti yang menjadi trademark. Kedai Roti Hainan Pulau Kambing. Di tempat yang sama ada Kedai Kopi Pak Mat. Jangan terkejut, Pak Mat ni bukan Melayu, dia Hainan dan datang ke Terengganu semasa Long March, iaitu semasa zaman Moa Tze Tung dihalau ke Selatan China. Isteri dia nama Mok Mek.
Dulu Tok Ki dan Wan, selalu bawa saya ke kedai ni, sebab Pak Mat menyewa kedai milik oneng saya. Bila makan kat kedai ni saya suka telur separuh maskan,roti bakar yang dipanggang atas arang kayu bakau dan minum kopi O. Sampai sekarang saya terikut dengan apa yang Tok Ki ajar, sisa telur separuh masak jangan dibiarkan macam tu, tetapi dibilas dengan kopi O. Memang sedap. Kat kedai ni ada nasi campur Ali sedap giler gulai ayam dia.
Saya dengan Pak Mat Cina dan Mok Mek macam keluarga. Dengan mata sepet, kulit sedikit cerah, Mak Mek sering suapkan nasi dengan ayam goreng kunyit. Pak Mat suka dukung saya. Sebab tu selalu kena perli, anak Cina.
Sekarang semua ini sudah tak ada. Balik ke Kuala Terengganu, semua tinggal nama dan tapak, tetapi selera terhadap kopitiam tidak pernah hilang.
Mungkin ramai yang tahu Hai Ping Kopitiam dekat simpang Jalan Sulaimani, di Kemaman. Itu menjadi sesuatu yang wajib. Bagi saudara kami yang berada di perantauan, dari Singapura sehinggakan yang di Paris, tempat tu menyimpan seribu kenanangan. Saya percaya, David, Fatimah, Boris dan Hamid Gaspard singgah kedai tu masa balik ke Terengganu bulan lepas .Kopi O dengan nasi dagang. Tak dapat dibayangkan nikmatnya.
Untuk ta poa, Pina Calada....tak per kat sini tak campur liqour.
Dah perut berkeroncong.
Semalam sempat sarapan di R&R Sungai Buloh. Ada satu kopitiam. Walaupun servis dia ala-ala, tapi roti bakar dengan cheese dia sedap. Kekadang kita kena lupakan pasal servis untuk memuaskan tekak. Betul ke????
Yang paling menarik sekarang, kebanyakan kopitiam berada dalam kompleks membeli belah. Uncle Lim, Home Town, Old Town, Kluang Killiney dan banyak lagi. Ada yang betul-betul mengekalkan cita rasa, ada yang hanya ambil nama.Satu yang ketara dah tak ada orang kita nak jadi pelayan. Semua orang asing. Dulu ramai Indonesia, senang sikit berurusan, sekarang dari Nepal, Myanmar dan Vietnam. Ada masa kita perlu jadi macam ayam dengan itik. Cakap Melayu tak faham, cakap Inggeris tak faham, apalah nak jadi. Pernah order kopi O dapat kopi ais...

No comments: