Monday, August 25, 2008

Kaduk Naik Junjung






Usah sesekali menoleh selepas membuat keputusan. Kini selepas bertahun menjadi wartawan, dengan pencapaian yang dinafikan, saya membuat keputusan untuk mencuba sesuatu yang baru demi kehidupan yang lebih baik.Saya percaya masih ada sinar di penghujung jalan.


Mencari peluang dan kesempatan adalah satu cabaran selepas berzaman dalam bidang ini. Tetapi rezeki ada di mana-mana.


Saya akui sukar untuk keluar dari kepompong ini. Apapun dengan suasana yang memeritkan minda, saya nekad, tiada apa lagi yang dapat mengubah pendirian.


Saya tertanya-tanya, mengapa dalam organisasi sebegini tiada pelaksanaan kod etika dan garis panduan. Akhirnya, profesionalisma dalam kewartawanan hanya tinggal nama.


Wartawan mudah digertak dan tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. Ada kala kerani memanggil " ha tu budak reporter", " alah reporter jer", " eh berlagak jadi reporter". Rendahnya kedudukan seorang wartawan.


Mungkin di luar kami dilihat gah, tetapi hakikatnya terlalu sukar untuk diungkap. Jika Rahim Kajai hidup mereka yang kurang ajar sebegini akan dimaki berlori. Dengan semangat Said Zahari(bekas Ketua Pengarang Utusan yang merengkok berbelas tahun dalam ISA) kami cuba bertahan. Hakikat yang perlu diakui, di sini, sama ada anda graduan atau berkelulusan sijil, semuanya sama. Mungkinkah ini penghinaan kepada mereka yang berhempas pulas ke menara gading dan membulatkan nekad untuk menjadi pembela masyarakat?


Bagi yang tidak berkelulusan tetapi diberikan pangkat, berlagaklah sepuasnya, kerana kamu seumpama "Kaduk Naik Junjung".

No comments: