Sunday, September 28, 2008

Raya Lagi

Bahang beraya mula terasa. Hari ini bila masuk pejabat, ramai yang telah mula bercuti. Jalanraya juga semakin lenggang. Yang ketara sibuk adalah pusat membeli belah, orang ramai tidak pernah susut.

Hari raya @ aidil fitri @ hari lebaran @ eid mubarak, menyimpan seribu satu nostalgia. Ramai yang mempunyai kenangan manis. Tidak kurang pula yang akan menitis air mata kerana, ia akan mengimbau saat-saat yang mungkin mengusik emosi...

Saya telah membuat keputusan, seperti tahun lazimnya akan bekerja di hari raya, cara terbaik untuk saya. Pagi tadi saya terima sms dari seorang kawan yang mengucap Selamat Hari Raya, sms ringkas turut memberitahu yang dia akan ke Korea Selatan pada Aidil Fitri ini....Mungkin menjadi trend, bagi mereka yang mempunyai memori tersendiri berjauhan di Hari Lebaran, sedikit sebanyak boleh mengubat kesedihan.

Saya sendiri merancang untuk berada jauh selepas bekerja, tetapi ia tidak kesampaian kerana bajet lari dek kereta dan handphone.

Pelawaan seorang teman, untuk saya beraya di kampung halamannya pada hari raya ketiga, saya sambut dengan tangan yang terbuka. Terima kasih, kawan.

Cuma selepas itu, saya mungkin akan pergi ke Pulau Perhentian, adakalanya berkunjung di musim tengkujuh memberi satu kepuasan. Angin, ombak dan hujan selama ini sedikit sebanyak mengajar saya mengenal erti kehidupan. Sudah hampir setahun setengah tidak ke sana. Dulu, berkunjung ke pulau itu termasuk dalam kalendar cuti saya...jauh dari hiruk pikuk. Ada sesuatu yang memerlukan saya mencari ketenangan dan bersendirian.....Perhentian, aku kembali lagi.





1 comment:

Anonymous said...

selamat hari raya zali. maaf zahir batin. selamat bercuti yea.
siva