Tuesday, September 16, 2008

Balik Semula ???

"Dulu awak mangsa keadaan, sekarang situasi sudah berubah". Kata-kata ringkas dari immediate superior sewaktu jumpa sebaik habis mesyuarat pagi tadi.

Saya memahami maksud itu secara mendalam, secara peribadi saya amat mengetahui kesulitan yang dilalui beliau. Di tempat yang saya pernah dipinjamkan sebelum ini, terlalu banyak masalah.
Lebih memburukkan keadaan tingkah laku mereka yang terlalu mentah dalam bidang ini, tetapi enggan menerima pandangan dan tunjuk ajar. Mereka lupa kepada prinsip kewartawanan apatah lagi memahami skop tugasan. Tetapi saya rasa kebanyakan mereka sebenarnya tidak tahu, apa itu kewartawanan. Mereka ingat pergi tugasan, balik dan tulis. Pengisian dan kandungan, entah apa-apa. Tetapi yang memualkan mereka berlagak pandai. Penguasaan pengetahuan am dan isu semasa amat rendah. Tetapi amat cemerlang dalam bab gosip dan umpatan.

Sesuatu yang menjengkelkan, bila kelemahan itu enggan diperbaiki. Sebaliknya, ia cuba ditutupi dengan membalas dalam serangan berbentuk peribadi. Nasib mereka agak baik kerana pada ketika itu, terdapat seorang bos, yang mana telinganya hanya satu.

Hasilnya, setiap pandangan saya kepada bos ini, untuk mempertingkatkan produk kami, tidak pernah diambil kira, termasuk tindakan disiplin kepada mereka yang ponteng, mc palsu, menyalahguna kepentingan syarikat dan lain-lain. Lebih malang saya pula dipersalahkan. Sekarang bos berkenaan telah bla...(ramai yang mendoakan dia bla. Bahkan ada antara kami tidak maafkan kerana mulut dan hati dia yang jahat) tetapi spesis yang dibela dan diternak masih merewang dan berkeliaran, Saya percaya mereka tidak ada nilai pasaran di luar. Hanya menjadi tin kosong.

Fitnah lebih tajam dari mata pedang....saya telah lalui itu semua, sewaktu 10 bulan berada di sana. Kepada kaki canang, sayang seribu kali sayang, kerana kamu sendiri merosakkan karier diri sendiri.

Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup. Jangan lupa dunia ini bulat dan kehidupan kita yang berputar...kamu semua masih baru.

Kini selepas setahun dipulangkan ke ganggang, dengan iltizam yang ada, tidak mungkin saya akan pulang ke sana lagi, walau apa jawatan yang ditawarkan.




3 comments:

AkaZukii said...

never say never..entri ini yang paling difahami..:)

panglipurlara said...

Arigato guzaimas, akazukii-san. Goozonji noyoni watashitachi dooyo de aru keiken...betul tak.

AkaZukii said...

chotto.. gomen ne..anta no nihongo wa jozu desune,wakarimasen yo nani o hanahimashita ka. oshiete kudasai ja panglipurlara san..