Friday, September 12, 2008

cuti raya


Saya benar-benar kelewatan sampai ke pejabat hari ini. Bukan sesuatu yang disengajakan, tetapi ada kematian di Sungai Pencahala. Sejurus selepas sembahyang Jumaat, sabagai tanda takziah, saya menziarahi arwah yang kembali ke rahmatullah ketika berusia 42 tahun kerana serangan jantung. Innalillah wa Inna ilahi rajiun.


Jam 4 petang saya masuk ke kantor. Tetiba kawan, Peyot beritahu kena booking cuti raya. Dia hendak kerja pada hari raya pertama dan kedua. Tetiba ramai yang sukarela hendak bekerja di hari raya. Kami kira conggak, ada 5 orang yang akan bekerja untuk dua shif pada hari berkenaan. Kekawan memujuk supaya saya ambil cuti raya, kerana saya jarang cuti sama ada pada Aidil Fitri atau Aidil Adha.


Saya kata, minta maaf, saya tidak akan berhari raya, cukup rasa suasana di pejabat. Saya buat pilihan akan bekerja di pagi raya. Jam 6 petang dah boleh balik. Bab ni paling tak tahan tengok, datang ofis pagi-pagi, nanti nampak junior akan bercucuran air mata, dengan pakaian sedondong. Saya macam biasa cukup sekadar jeans dan t- shirt.


Kawan-kawan masih tidak puas hati. Minta alasan. Baik, saya kata sebab saya nak kerja pagi kerana, tak nak jumpa orang dan saya tidak ada baju melayu.


Hari raya kedua bekerja shift petang sebab nak tidur lebih.


Mereka tanya lagi, kenapa cuti lama sangat lepas tu, dari 3 hingga 11 Oktober? Saya terkedu dan bagi jawapan, bukankah sebelum ini selepas orang lain beraya, saya akan bercuti. Ke mana dan di mana, biarlah rahsia. Seperti biasa, akan berada jauh dari mereka yang mengenali saya. Membawa diri dari bahang Aidil Fitri kerana bagi saya, ia menyimpan kisah tersendiri. Biarlah kisah itu terus tersimpul di ruang memori.........




No comments: