Thursday, September 25, 2008

mangkuk tingkat



Murah rezeki di bulan Ramadan..siang tadi, Puncak Niaga menghantar juadah berbuka puasa kepada kami di pejabat. Ramai yang teruja dengan apa yang dibawa dan diagihkan. Persembahan yang begitu berbeza...apa tidaknya makanan yang dibawa disi dalam bekas tenong(bahasa Terengganu)@ mangkuk tingkat.

Seingat saya sudah hampir 25 tahun tidak menikmati juadah yang dimuatkan dalam mangkuk tingkat. Dulu kalau kami pergi ke mana-mana terutama berkelah atau berkunjung ke rumah keluarga, mangkuk tingkat menjadi kemestian. Begitu juga kalau sesiapa yang masuk ke hospital, mangkuk tingkat selalu dibawa bersama untuk mengisi buah tangan. Masa tu tidak ada hamper, hopsitalpun tidak secanggih sekarang...mana ada kiosk kat hospital.

Selepas menerima habuan masing-masing, ramai yang senyum meleret...kerana ia menyimpan 1001 nostalgia.

Mungkin selepas ni ramai yang datang kerja membawa bekal yang dimuatkan dalam mangkuk tingkat...kita ubah cara hidup, walaupun harga minyak dah turun 25 sen.




No comments: