Thursday, September 11, 2008

Akal

Patung manusia di Mayor Plaza, Madrid






Hidup adalah satu anugerah. Walau apa sekalipun perjalanan yang mencorakkan, ia adalah satu amanah. Setiap individu mempunyai pengalaman pahit dan manis. Segalanya perlu dilihat secara positif. Jika tidak kita tidak dapat merasakan apa sebenarnya nikmat hidup.


Secara relatif, setiap antara kita akan berkongsi cerita yang indah dan secara subjektif pula semua manusia yang waras pernah melalui saat-saat yang menyakitkan. Di saat sebegini kerasionalan akal memainkan peranan penting dalam membuat penilaian.

Dahulu saya pernah mengambil satu kertas sewaktu di universiti, Ethics of Philosophy...Falasafah atau falsafah, adalah satu pencarian akal manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan dalam hidup. Sesuatu yang lama dibahaskan, Socrates masih dianggap pelopor bidang ini. Tetapi tahukah kita yang Socrates yang diagungkan akhirnya membunuh diri dengan meminum racun selepas berdebat dengan pengikut Scoitisme, mengenai akhlak manusia. Berkorban demi idea dan prinsip. Persoalannya, mengapa manusia sebijak itu mengakhiri hidup dengan tragis. Perlukan hidup dikorbankan kerana perbezaan pemikiran, walhal kita hanya mempunyai satu nyawa dan satu kehidupan di dunia?


Sesuatu yang menarik mempelajari falsafah yang sentiasa berbahas dan berhujah dalam menuju utopia, ia kekadang terlalu idealistik. Sedangkan realitinya amat berbeza.


Renung-renungkanlah....

No comments: