Sunday, September 7, 2008

Yangon

"Pemimpin kaya, tetapi rakyat miskin, itu tidak sepatutnya berlaku dalam konteks negara sosialis." Saya jawab betul Mamoo. Perbualan ringkas sebelum saya memasuki kapal terbang untuk membuat tugasan di Yangon.

Bab ni saya menang kerana Mamoo tak pernah menjejaki kaki ke Myanmar. Kalau bab Indo China, seperti Vietnam dan Kemboja saya kena "salute" sebab Mamoo pernah tinggal di sana.

Baiklah berbalik semula cerita perjalanan saya ke Myanmar, penerbangan mengambil masa 2 jam lebih. Sepanjang masa saya tidur, sebab puasa saya kena manfaatkan masa terluang dengan tidur, Bagaimanapun ia terganggu apabila dikejutkan krew MAS yang menanya sama ada saya berpuasa atau tidak. Bila saya cakap ya, dia kemudian membungkuskan makanan. Pesan ringkas, boleh guna untuk berbuka puasa.

Sejurus sampai, kami terkejut kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon agak selesa. Cuma selepas itu bermula cerita yang kurang enak.

"Ramai sangat peminta sedekah" Saya merungut kepada jurukamera dan rakan setugas. Mereka meminta duit dengan pelbagai alasan. Saya dengan tergesa-gesa meminta pemandu teksi segera ke Chatrium Hotel, yang dulu dikenali sebagai Nikko Hotel, bukan apa takut ramai lagi yang akan datang berkerumun.

Hari pertama tidak begitu menguji kesabaran kami untuk berbuka puasa. Lagipun sebelum itu Mamoo pesan, A..selamat berpuasa dan jangan lupa berpuasa. Qui..saya jawab. Pesan itu masih terngiang di telinga.

Sejurus sampai dan check in, saya berjumpa dengan Sekretariat Asean, cewek yang selama ini saya kenali melalui email, Wuri. Maaf, sejak saya mendapat tugasan ini, berkali-kali saya cuba hubungi dia, tetapi gagal. Mesej tinggal mesej. Kesempatan berjumpa walaupun sekejap, memberi peluang untuk mengenali satu sama lain.
Habis taklimat ringkas kami menyatakan hasrat untuk ke Bon Joke Market, kalau di Kuala Lumpur macam Pasar Seni. Sebelum ini beberapa member yang pernah bertandang ke Yangon menceritakan mengenai pasar ini. Alang-alang datang dengan percuma, apa lagi. Pergi ajalah.

Lebih kurang jam 3.30 petang waktu tempatan, kami mengambil teksi, bila berada di negara sosialis sebegini, jangan sesekali bandingkan dengan apa yang ada dengan negara kita. Teksi masya Allah, cikai giler. Rasa macam kembali 30 tahun dulu. Sesuatu yang pelik di sini, semua teksi yang kami naik tidak mempunyai penyaman udara. Panas, hangit dan tengit….Tetapi sesekali terfikir yang ia menguji kesabaran puasa. Tidak sampai 20 minit kami sampai di Bon Joke Market.

Sebelum itu, salah seorang petugas sukarela Asean Sekritariat, Kenny membekalkan saya buku Lonely Planet. Buat panduan kata dia. Saya sendiripun berasa cuak berada di Myanmar kerana berdasarkan maklumat ramai spy yang akan memerhatikan gerak geri kita. Bagi negara yang diperintah junta, ini adalah lumrah. Tetiba teringat lawak member, taka pa kalau dia kejar kau lari, dia orang pakai kain, kau pakai seluar, mesti boleh pecut.
Turun sahaja teksi, ada sahaja yang datang menghulurkan tangan meminta sedekah. Bila ini berlaku, saya terfikir, yang situasi ini tidak sepatutnya berlaku, Myanmar adalah sebuah negara kaya. Segalanya ada di sini, petroleum, bahan galian, hasil tanaman dan hasil hutan. Mengapa ini berlaku? Persoalan yang mempunyai jawapan berjela kalau hendak ditulis.

Bila berada di sini, terbayangkan Chat Tu Chak di Bangkok. Tetapi itu sememangnya jauh lebih baik. Bon Joke Market menarik sekiranya kami mempunyai masa, tetapi keadaan bangunan yang terbiar menjengkelkan kami. Apa kerajaan dia orang lakukan?


















Bon Joke Market


Sesuatu yang menarik, ramai yang boleh bercakap Melayu. Ramai juga muka iras-iras Bangla…mungkin mereka ini Rohingya, komuniti Muslim Myanmar yang sebelum ini ditindas. Mereka ramai terdapat di sekitar Arakan dan Tanaserim.


Saya mencari sutera Burma yang tersohor. Tetapi sewaktu melilau, tiada yang berkenan di hati. Saya tidak berjumpa dengan kualiti yang saya pernah ada sebelum ini. Maaf 207, saya tidak dapat mencari sutera Burma. Saya membebel kepada Jiun, kalau macam ni beli aja kat KL. Sebagai kenang-kenangan, saya membeli sebentuk cincin perak 925, dengan harga 10 USD, saya fikir, ia satu cenderahati untuk diri sendiri.


Satu fasa yang agak kurang menyenangkan berlaku apabila Jiun terus didesak untuk membeli batu sapphire…maaf saya lupa dalam bahasa Melayu apa, kalau tidak silap batu nilam. Akhirnya kami mengambil langkah nekad keluar dari kedai berkenaan sambil si penjual marah-marah. Masa ini tercari-cari ke mana pergi sorang lagi…oooo lupa dia pergi ke tandas.
Kami jumpa sewaktu hendak keluar pasar. Memandangkan hujan dah rintik-rintik, kami mengambil teksi pulang ke hotel.

Petang itu kami kepenatan.

Untuk berbuka puasa, jurukamera kami rela makan maggi cup. Tetapi tidak saya dan Jiun. Mula-mula pergi ke sebuah Bangkok Kitchen yang terletak di depan hotel. Tetapi…tetapi…sekali terpandang menu, fried ear pork…saya membatalkan hasrat itu.


Balik ke lobi hotel dan bertanya di kaunter. OK tidak sampai 5 minit perjalanan dari situ ada sebuah restaurant India, Ashoka. Kami dimaklumkan yang ia halal. Apa lagi saya dan Jiun berjalan kaki, sambil melihat mansion lama warisan penjajah yang banyak ditinggalkan.

Saya order ayam masala, nasi kacang peas, lassi dan kopi. Jiun pula ayam kurma, tandori dan kopi. Sambil makan dia teringatkan mamat sorang lagi yang buka posa ala kadar kat hotel. Saya kata tak apa, dia boleh hidup ada maggi.


Terasa kami macam candle light. Ha ha ha. Bila minta bil harganya murah kalau nak dibandingkan dengan Passage Through India, Shalimar kat KL. Tau harga berapa. Baru 23 USD. OKlah. Perut dah penuh, tetapi tiba-tiba saya teringat Blueberry Cheese Muffin…..mintak-mintak petang Ahad ni dapat merasa.






Kami balik dengan hati yang lapang kerana perut dan kenyang. Cuma esok …kenapa esok? Kami akan bertolak ke kawasan bencana Nargis. Naik helicopter.

Sambung.

No comments: