Monday, November 24, 2008

Suatu Subuh Yang Bening

Secara tiba-tiba teringat sebuah buku yang saya baca 22 tahun lalu, Suatu Subuh Yang Bening...ia merupakan himpunan cerpen-cerpen penulis tanah air.

Salah satu bertajuk Baboon. Ia adalah watak di dalam sarkas, di mana manusia terpaksa bertopengkan Baboon untuk menipu penonton. Bagaimanapun ia akhirnya terbongkar apabila dua watak dalam cerpen itu mendedahkan identiti satu sama lain, yang mereka adalah manusia yang selama ini bersarungkan kulit Baboon, semata-mata untuk mencari nafkah.

Dialognya masih saya ingat sampai sekarang. " Kalau kita jujur kita akan terbujur".

Persoalannya, apakah manusia semakin kehakisan nilai sehingga sanggup menipu orang lain untuk mencari sesuap nasi. Adakah manusia terlalu kebendaan dalam melayari kelangsungan hidup. Di mana letak nilai moral?

Perlukah kejujuran dikorbankan semata-mata untuk nafsu? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran.

2 comments:

Anonymous said...

di manakah boleh saya dapatkan buku ini kembali setelah saya tinggalkan lebih 25 tahun yang lalu. Ia mengimbau kenangan sewaktu sya bersekolah dahulu.

Anonymous said...

Kalau saudara turun ke kuala lumpur, langsung ke Dewan Bahasa dan Pustaka (sekitar Jalan Hang Tuah). Disitu ada.