Sunday, November 30, 2008

Nak Pergi Mana

Esok saya off. Sebagai persiapan untuk pesta makan, tadi saya work out hampir dua jam setengah dengan membakar lebih 1350 kalori. Berat badan saya sudah mencapai tahap ideal dengan 65 kg. Saiz pinggang pula menurun ke 31. Apa yang perlu saya lakukan sekarang mengimbangi pemakanan dan senaman. Itu mustahak, jika tidak saya akan jadi terlalu kurus atau badan akan naik semula.

Bercakap mengenai esok, ia juga menjadi penentu sama ada Sidang Kemuncak ASEAN di Chiang Mai pada 13 hingga 18 bulan depan diteruskan atau tidak. Setiausaha Agong, Dr. Surin Pitsuwan dilaporkan telah menemui Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat dan terdapat kemungkinan ia ditangguhkan. Saya berharap ia akan diadakan di tempat lain, yang pasti bukan di Kuala Lumpur.

Sepatutnya 18 Disember ini, saya menjadi pengacara pada majlis persandingan sepupu, Esah Maria di salah sebuah hotel di Shah Alam. Pertembungan dengan Sidang Kemuncak ASEAN memberi saya alasan untuk menggelakkan diri. Kalau sidang kemuncak ditangguh apa alasan? Nak pergi mana?. Saya sebenarnya kurang selesa berdepan dengan sebahagian saudara mara yang mementingkan status. Saya faham majlis resepsi itu diadakan hanya membabitkan keluarga terdekat. Tetapi saya adalah saya. Ada sesuatu yang menyebabkan saya menjarakkan diri dari mereka. Terlalu peribadi untuk ditulis di sini.

Tahun ini juga saya tidak berpeluang ke Darfur. Saya terima dengan hati yang redha. Mungkin tahun depan kalau panjang umur. Meskipun berada di Malaysia, jiwa ini sentiasa bersama penduduk Darfur. Mereka terlalu istimewa di hati saya.

1 comment:

Unknown said...

tahun ni tv3 pon turut bersama ke darfur ye?teringat kenangan di sana tahun lepas...sy sgt2 hargai memori kita disana..satu pengalaman berharga..tp tahun ni kami berenam pon x berpeluang ke sana lagi..kena bg peluang kat org lain juga kan...

emm..sy rs bro razali ni sgt misteri la...hehe..tp dr satu segi bro ada byk pengalaman,pengetahuan dan nasihat yg perlu dikongsi bersama...i'm so lucky knowing u:-)