Sunday, November 9, 2008

Nak Cuti

Selepas lapan hari bekerja, hari ni saya dapat off. Saya mulakan pagi saya dengan memasak Nasi Dagang Terengganu. Kepakaran yang saya pelajari dari keluarga saya. Saya makan sedikit, selebihnya saya hantar ke pejabat dan bagi kat member-member yang lain.

Selepas makan pergi work out, cuma dapat 550 kalori. Bila balik kepenatan. Nasib baik hari hujan, dapat tidur sekejap. Sebenarnya dah lebih 10 hari saya terpaksa tidur di luar bilik sebab penyaman udara rosak. Esok, Panasonic akan hantar semula outdoor unit. Dah malas nak fikir. Bak kata Wan Kamaruddin, "apa ke jadahnya". Rosak, rosak dan rosak. Baru beli 5 bulan lepas.

Bila bangun, saya capai lap top, check tiket kapal terbang. Saya ingin cuti. Ya, perkara yang saya rancang sejak Ogos lalu. Saya ingin kembali semula ke Perancis. Kalau boleh mahu sambut harijadi saya di sana, Januari depan. Sepatutnya saya pergi bulan ini dengan seorang kawan. Tetapi dia berubah hati. Tidak apa, lagipun saya suka pergi seorang diri. Rasanya macam dah serik pergi berkumpulan macam bulan Mei lepas. Payah, saya jenis ikut kepala sendiri.

Pergi seorang diri akan memudahkankan dan menjimatkan saya. Kalau di Peranchis saya boleh tinggal dengan sepupu, Gaspard dan Borris, di UK boleh bagi tahu Auntie Mahani, sebab dia ada apartment di London, yang sememangnya sentiasa kosong kerana dia ada di sini dan di Switzerland ada Sufian.

Kalau nak keluar duit penginapanpun, di Barcelona dan Nottingham.

Tetapi itu angan-angan Mat Jenin. Mana ada duit 10K. Tadi bila periksa tambang kapal terbang, yang paling murah Sri Lankan Airlines, rm 3000. Gulf Air rm 3600. Mas dan KLM standardlah rm 4000 lebih.

Ada saham nak jualpun tak dapat. Rugi. Mana nak cekau duit. Untuk pergi mungkin saya mengharapkan keajaiban.

Entahlah...

1 comment:

Anonymous said...

bestnya bercuti di kota perancis..dah 2 tahun sy tak ke sana..tp cuti raya haji tahun ni dah ada plan lain..insya allah akan ke oman sbb family sy ada di sana..tp mmg bagus pon skali skala bermusafir bertukar angin..dapat menenangkan hati,lapangkan fikiran dan mulakan kehidupan yang baru dengan lebih semangat..kalo x dpt nak gi jauh2,dekat2 pon ok juga kan=)