Thursday, November 13, 2008

Koniciwa

Sewaktu melakukan tugasan, saya perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan sebutan bahasa Perancis. Saya perlu perbetulkan. Ini kerana sebutan dalam bahasa Inggeris amat meragukan. Saya perlu merujuk dengan keluarga saya yang arif dengan sebutan. Akhirnya selepas disemak memang telahan itu betul.

Canape Vertz disebut Kana-pe Var
La Promesse disebut La Pro-mess

Tetapi sebelum itu ada dialog yang menarik.

"Dia datang bercuti. Sekarang berada di Kuala Terengganu dan akan datang ke KL, sepatutnya pergi ke KL hari ini. Cantik sangat". Kata sepupu saya.

"Saya tahu dia cantik, darah Perancis campur Jepun, ". Saya jawab ringkas.

Perlukah saya jumpa? Tanda tanya yang berlegar di benak hati. Bukan itu sahaja, persoalan demi persoalan terus menujah fikiran.

Yang penting esok sehingga awal minggu depan saya tiada di Lembah Kelang. Saya perlu berada jauh dari sini.

1 comment:

Anonymous said...

nak bermusafir ye..moga permusafiran nnt bakal memberi semangat baru utk terus kuat dan tabah berjuang dlm hidup bro razali..gambate!