Monday, September 15, 2008

LCCT

Semalam, saya cuti sehari. Terfikir lama tidak ke Negeri Serendah Sekebun Bunga...nama Kelantan dalam teks klasik. Selepas kira conggak, kelmarin saya dapatkan tiket Ait Asia secara on line. Jauh lebih baik dari memandu ke sana.



Saya pergi dengan penerbangan AK 6320, bertolak jam 7.30 pagi dan balik dengan AK 6931, penerbangan terakhir, 10.30 malam, pada hari yang sama.



Bagi menjimatkan perbelanjaan kerana perlu bertolak dari rumah di awal pagi, saya memandu dan kemudian, meletak kereta di kawasan yang ditetapkan.


Pergi dan balik, segalanya berjalan lancar.


Tetapi bila balik, masalah yang sama dan mungkin dengan sinonim dengan LCCT berulang lagi.


Perkhidmatan yang ditawarkan jauh ketinggalan. Di malam hari saya tercari-cari jalan keluar, tanda anak panah tunggang terbalik, selepas seketika akhirnya saya temui jalan keluar.



Ini kali pertama saya parking kereta di LCCT.


Bila nampak mesin autopay, saya keluar kereta untuk bayar. Pada masa ini berlaku bab yang kurang menyenangkan. Saya cuba masukkan cip ke dalam mesin. Belum sempat ada suara tinggi, " Tu parking sekejap ke parking sehari". Saya terkejut kerana masih belum pekak lagi. Saya cuba kawal kemarahan dan membalas dengan perlahan, "sehari". Dia jawab, " Kalau sehari bayar kat kaunter", tinggi lagi suara.






Kesabaran saya teruji. Tidak ada budi bahasa. Saya bukan hendak memperlekehkan, jauh sekali memandang rendah, tetapi itu kerja dia, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, kalau si mamat yang jaga parking tahu apa perkhidmatan yang ditawarkannya, tahu apa tugas dia. Ini kelemahan LCCT, sering ketinggalan dari segi servis.



Paling malang, kelemahan LCCT bukan setakat itu, malah jalan keluar juga amat merbahaya, terutama bagi mereka yang sekali sekala ke sana. Gelap dan bersimpang siur.








1 comment:

Anonymous said...

:-) Welcome back to KUL. Next trip will be via KLIA :-)