Kalau ku pergi
Jangan dicari
Selama ini aku menanti
Tetapi kau tidak peduli
Kalau aku mati
Jangan ditangisi
Kerana sudah puas
Aku disakiti
Jangan ditangisi
Kerana sudah puas
Aku disakiti
Kalau aku dikebumi
Jangan dinesani
Kerana sewaktu hidup
Ku tak pernah dihargai
Kalau ada secebis kenangan
Kau katakan pada bulan
Pada awan dan mentari
Insan ini pernah dipersiakan
Kalau kau pandang tanah
Katakan pada bumi
Yang dulu kau berjanji
Sehidup semati
Kalau aku hadir dalam mimpi
Jangan dikesali
Kerana itu bererti
Aku semakin menjauhi.
Kalaupun kau rasa ingin menangis
Tak akan memberi erti
Kerana aku telah berada
Di alam abadi
RAA
2 comments:
puitisnyer..dalam maknanya tu,ada apa2 ke? :)
Moshi moshi akazukii san
Ohayo Guzaimas..Koniciwa?
Su goi i...akazukii
Post a Comment