Monday, December 15, 2008

Mencari Erti

Sejak 10 tahun lalu, saya menumpukan pada kerjaya selepas beberapa rentetan peristiwa yang boleh distilahkan sebagai "detik-detik sukar" @"saat-saat kecewa. Sepanjang tempoh itu pencapaian karier saya adakala mendatar dan ada ketikanya menjunam.

Tidak banyak perubahan untuk dibanggakan. Sebaliknya masalah datang silih berganti. Apa sebenarnya yang tersirat sehingga nasib saya tidak sebaik orang lain? Persoalan yang sering berselirat di fikiran.

Ohhhh mungkin ini yang dikata asam garam kehidupan? Warna-warna yang mencorakkan pengalaman? Mungkin juga saya tergolong dalam insan malang? Rengus...keluh adakala menjadi biasan rasa kecewa.

Mengapa saya? tidak si A, si B atau orang lain untuk lalui kesulitan ini.

Adakah saya terkena badi masa lalu dan saya menjadi penebus kifarat di atas kesilapan orang lain?

"Ohhh Tuhan aku buntu". Gemersik kata hati.

Jika dinilai dari segi pencapaian akademik, saya tidak sepatutnya berada pada kedudukan sekarang dalam kerjaya. Saya boleh pergi jauh...tetapi mengapa saya masih berada di tahap yang jumud di organisasi ini walhal ramai si bangat yang berkelulusan sijil terus dianugerahi pencapaian cemerlang. Kebolehan mereka hanya lakonan dan ampuan.

Lama saya pendamkan rasa dengan tidak mempedulikan gelagat mereka. Mendiamkan dan menjarakkan diri adalah yang terbaik.Tetapi sifat kaduk naik junjung sering menguji kesabaran. Selama ini saya menolak perbezaan manusia yang dinisbahkan pada darjat keturunan. Insan adalah sama. Tetapi dengan pangkat yang dimiliki mereka lupa diri. Lantak mereka untuk ketawa berdekah dan bergaya sakan tetapi jangan pandang rendah pada orang lain....Tetapi apabila saya melebihi mereka dalam beberapa perkara lain, akan ada versi cerita, itu dan ini. Paling menyakitkan hati membuat perbandingan dan cuba memperlekehkan. Di sini nampak beza antara si cerdik dan si bodoh dalam menilai sesuatu. Kalau saya ada kelemahan, saya bukan baduk untuk ditertawakan. Sedangkan banyak kelebihan cuba dinafikan. Mereka tiada profesionalisme. Spesis ini lupa kalau tidak di organisasi ini, dengan kelulusan yang dimiliki mungkin berada di kaunter jualan, di bendang, di tepi jalan dan paling layakpun jadi penyelia pengeluaran.

Semoga nasib baik akan memihak kepada saya suatu hari nanti.

3 comments:

~young mango~ said...

sesungguhnya adalah sangat tidak layak untuk sy berbicara atau memberi pendapat yang cetek di sini kerana bro razali jauh lebih lama dan berpengalaman daripada saya yang masih muda dan belum matang ini..

kadang kala apa yg bro razali fikirkan turut saya alami kerana kita semua adalah manusia biasa..apabila masalah dtg silih berganti,dan tiada pemanis hidup yg dtg untuk menggembirakan hati,kita mungkin akan terfikir kenapa kita yang allah pilih utk merasa ujian ni?kenapa hanya ujian sahaja yang datang dan tiada berita gembira untuk kita?dan dengan fikiran dan perasaan begini akan menyebabkan kita acap kali kecewa dengan hidup dan kurang bersemangat untuk maju ke depan kerana kita berasa nasib kita sudah allah tentukan begini...itulah lumrah kehidupan sebagai hamba dan insan...

pernah saya terfikir,mengapa ada org yang boleh berjaya dan gembira dengan hidupnya tapi kenapa kita asyik bersedih sahaja?siapa yang bersalah?adakah itu keadilan dalam dunia ini?..selalunya apa yang saya fikir,kalau kita asyik mengaduh dengan nasib kita,menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku pada kita,tiada apa yang boleh kita ubah...tapi kalau kita ubah cara kita berfikir tentang kehidupan,yakin bahawa allah itu sentiasa adil dan sayang pada kita dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran ini...mungkin dengan cara ini kita mampu mengubah nasib dan masa depan kita...mungkin apabila kita sentiasa positif samada dari segi emosi dan cara berfikir,kita akan lebih semangat untuk maju ke hadapan dan kuat untuk mempositifkan setiap pandangan negatif yang orang lain beri pada kita...kita tidak boleh kalah dengan pandangan orang dan kita tak mahu orang itu menang dengan pandangan negatifnya pada kita yang akan menyebabkan kita jatuh...sudah tentu dia akan gembira kerana berjaya menjatuhkan...jadi apa yang kita boleh buat adalah ubah diri kita kepada yang lebih baik...dan apa yg sy percaya,dalam dunia ni ada sunnatullah yang telah allah tetapkan...siapa yang berusaha,dia pasti akan berjaya..dan kita sebagai seorang muslim,dengan usaha yang bersungguh2,doa dan tawakal dengan penuh harapan pada allah,yakin dengan kekuasaan dan ketetapannya,saya pasti kita akan jauh lebih berjaya dari orang lain yang kurang keyakinannya pada allah...kerana walau apa yg terjadi pada kita setelah kita berusaha,sudah tentu kita akan rasa tenang dan berasa allah sentiasa bersama...dan setiap apa yang allah tentukan utk kita setelah kita berusaha,dan bertawakal padanya...sudah tentu itulah yang terbaik untuk kita...jika bukan yg terbaik di dunia ini,mungkin itu yg terbaik utk kita di akhirat nnt...dan teruslah berusaha dan berdoa semoga setiap apa yg allah beri pada kita,ia adaah yang terbaik utk kita didunia,bahkan lebih-lebih lagi diakhirat kelak...ameenn...

maaf bro razali,terpanjang pulak celoteh sy..abaikanlah kalau ada yang kurang maknanya...saya hanya insan kerdil yang masih belajar dan baru cuba belayar dalam kehidupan yang penuh cabaran juga tipu muslihat ini...moga alah membantu kita semua...maaf ye...

panglipurlara said...

terima kasih atas pandangan dan nasihat yang diberi. Ia sungguh bermakna bagi saya...insya allah. Teringat kata-kata pujanggan Turki, sejarah cerminan lalu tafsiran masa kini.

Mumkin fi waktin ukhra...al nakdu fi arabi...haza ahsan...azunnu kazalik..

miss_ikan said...

erm...semua org memikirkan hal yang sama...
tapi kita kena fikir yang positif.
sebenarnya kita adalah insan terpilih yang allah mahukan kita utk terima dugaan dan cabaran yang dia berikan.
mungkin Dia nak beri kita kesenangan kelak, kerana mungkin Dia takut kita akan lupa siapa diri kita bila diberikan kesenangan,kini.
yang penting, banyak bersabar...mcm yg saya buat sekarang nie.......