Saturday, December 13, 2008

Drama

Hari ini, saya menghabiskan masa lebih tiga jam di gym. Seperti biasa saya work out untuk membakar 1500 kalori, semalam makan kambing, rendang dendeng daging dan cheese cake. Saya tidak mahu lemak melekat kat badan terutama dekat sekeliling perut. Payah nak hilang nanti. Tidak mahu simpan tayar spare...

Sambil work out, teringat betapa manusia sekeliling sering berdrama, depan cakap lain belakang cakap lain. Banyak manusia yang bertopeng, berlagak baik, manis mulut dan mereka yang cuba berlaku jujur akan menjadi lauk. ......Ini lumrah alam. Bak kata Imam Ghazali, dunia ini pentas lakonan dan kita adalah pelakon (kata-kata ini kemudian Shaksepeare ambik).

Biarlah mereka yang ingin terus bermain kata-kata manis. Selagi beringat saya tidak akan terpedaya. Belajar dari kesilapan menjadi satu sukatan pengalaman. Kata-kata si egois akan saya ingat sampai bilai-bila. Tidak terlalu lambat untuk saya betulkan kealpaan. Suatu masa saya akan dapat semula apa yang telah dikhianati selama ini. Kebaikan pasti akan datang dan suatu masa nasib baik akan memihak kepada saya.

3 comments:

~young mango~ said...

byknya entri yang saya tertinggal..br seminggu amek leave..hehe..xpe2..insya allah sempat baca habiskan sume:-)

selamat hari raya eidul adha..maaf zahir dan batin

~young mango~ said...

It is better to be alone if most of the people around you are ignorant when you do what is good. Don't be sad because of that-hadith.

manusia di akhir zaman ramai yang alpa..biarlah kita walau seorang kerana seorang itu kadang kala lebih baik dari yang ramai tapi tiada nilai..apa yang bro razali rasa selalu saya rasa di sini..tapi 6 tahun disini memang byk mengajar sy ttg nilai kehidupan..

panglipurlara said...

itulah lumrah kehidupan....pengalaman akan menjadi sebahagian elemen yang membentuk nilai hidup...sesekali bila teringat kepayahan ingin terbang jauh dari sini.

Selama ini saya tidak faham mengapa segelintir individu di sekeliling saya memilih untuk terus sendirian, menjadi ulat buku, menggembara, belayar dsb..sekarang baru faham yang jawapannya ada pada pengalaman saya.

Alhamdulillah, keluarga saya mula faham dengan minat saya. Maman sentiasa beri sokongan kerana tahu dalam diri saya terselit jiwa pengambara yang tidak terikat dengan sempadan dan fahaman politik. Paling utama saya membenci kepuraan di sebalik kebaikan..kemanisan kata dan kelembutan bicara.

Semoga Tuhan menjauhkan diri dari manusia seperti ini.