Thursday, October 30, 2008

Takdir dan Nasib


Sebentar tadi saya pergi ke gym. Saya gagal capai sasaran untuk bakar 1200 kalori. Cuma dapat 1000 aja. OKlah sebab semalam saya dah bakar 750 kalori.

Riadah merupakan satu pendekatan saya untuk sesuatu yang lebih positif. Sambil work out macam-macam berlegar difikiran. Saya cuba fokus apa yang saya sedang lakukan. Tetapi masih gagal.

Kekadang hidup ini semakin berusia semakin sepi. Ini laluan yang saya pilih selepas beberapa episod yang membentuk hidup saya hari ini. Episod yang mempengaruhi untuk saya membuat keputusan tanpa menoleh ke belakang.

Dalam kehidupan seharian, saya begitu menghormati nilai murni terutama kasih sayang, kejujuran, keikhlasan, amanah dan sebagainya. Itu asas yang dididik sejak kecil. Kasih sayang tidak mengenal kaum, bangsa dan agama....ia amat sewarjagat. Begitu juga dengan nilai lain.

Tetapi dalam menyayangi orang, seringkali saya diuji. Kesudahan saya tewas dan terus sendiri. Mungkin takdir atau nasib saya sebegini. Untuk menyayangi seseorang perlukan keihklasan. Dahulu saya ketepikan keluarga...kedudukan dan lebih itu saya pinggirkan darjat semata-mata untuk mendekati seseorang. Saya memilih kehidupan yang penuh kesedarhanaan tetapi ia masih tidak menyebelahi saya. Sering kecundang.

Paling menyakitkan hati apa yang diberikan hanyalah lakonan.

Mungkin apa yang berlaku merupakan siri jawapan kepada persoalan yang saya timbulkan 22 tahun lalu. Mengapa seseorang sanggup ketepikan agama, tergamak tinggalkan zuriat yang masih merah dan negara ini selepas cinta dipermainkan. Sekarang baru saya tahu sakitnya hati bila perasaan, kejujuran dan keikhlasan dipersenda. Paling menjengkelkan kemesraan hanya sekadar untuk melampiaskan nafsu.

Mungkin bagi seseorang, ia akan berbangga kerana mengenakan orang lain yang naif dan mencari cinta. Ini penyakit mereka yang ego. Ingat hidup ibarat roda.

Paling penting saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Mungkin nasib belum memihak kepada saya untuk mencintai dan dicintai, sementelah takdir belum tiba.

No comments: