Sunday, October 12, 2008

sedap mulut

Blog ini akan saya manfaatkan untuk berkongsi pelbagai pengalaman. Ada yang manis dan ada yang pahit. Itu menjadi percampuran yang membentuk kematangan.

Sejak dulu saya tertanya-tanya kenapa perlu ada manusia yang bangga diri. Bersifat riak dan takabur. Mungkin juga sudah menjadi fitrah insan, di kala kita menunduk mereka akan membongkak. Bila bercakap sedap mulut jer.....seolah-olah kita tidak ada telinga yang menghingap rasa menyampah. Dunia ini roda, tidak hari ini, esok, lusa dan bila-bila, pasti si pulan akan merasa apa yang dia lakukan. Itu hukum karma.

Golongan seperti ini, saya rela menjauhkan diri. Saya bukan pendendam, tetapi setiap kata-kata yang menyakitkan, itu sebenarnya yang membentuk sempadan. Apa guna persaudaraan, persahabatan dan keakraban, kiranya tiada nilai yang menghormati satu sama lain. Saya mungkin sensitif. Sejujurnya saya tidak sanggup disakiti. Paling penting saya ada maruah dan harga diri. Jangan ingat sikap rendah diri dan tolak ansur bermakna saya boleh dipijak dan diperlekeh. Sesuatu yang jarang saya belajar dari kesilapan lalu, jangan mudah menerima apa jua pemberian orang. "Saya bukan pengemis".

Saya percaya kepada kehalusan tuturkata dan kesopanan peribadi.Tetapi sayang nilai itu sebenarnya semakin menghilang kerana ramai yang telunjuk lurus kelingking berkait.

Bak kata Ibnu Khaldun dalam bukunya yang menjadi adikarya sosiologi, al Mukadimah, manusia berubah mengikut masa, tempat dan keadaan.




No comments: