Monday, October 13, 2008

Datuk Shah Rukh Khan

Ramai tertanya dan terkejut, tidak kiralah terkejut apa termasuk mungkin yang ada terkejut beruk selepas mendapat tahu Shah Rukh Khan mendapat gelaran datuk dari Kerajaan Melaka. Apa rasionalnya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam beri jawapan mudah dan ringkas." Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort, Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka ".

Banyak persoalan yang timbul, adakah itu sahaja. Saya pasti ramai lagi rakyat negara ini yang membangkitkan pertanyaan, kerana masih ramai warga Melaka yang berjasa tetapi tidak dihargai.

Dalam setiap keputusan ia perlukan kewajaran dan pertimbangan. Adakah ia hanya sekadar untuk mencari publisiti? Kalau itu tujuannya, ia terlalu murah...cari glamor kot untuk dapatkan pencalonan bertanding Timbalan Presiden UMNO.

Datuk Seri Mohamad Ali sepatutnya perlu lebih bijak dan peka. Shah Rukh Khan perlu dinilai dari sudut peribadi dan itu sebenarnya yang sepatutnya diambil kira. Jangan main sedap rasa jer. Apa mudah sangat ker dapat datuk kat Melaka.

Saya masih ingat beberapa tahun lepas sewaktu sidang akhbar diadakan, Shah Rukh Khan merungut cuaca di Malaysia panas. Ehh tak sedar diri betul kat Bombay @ Bollywood lagi panas. Dah lah tu kotor, hancing pulak. Jangan nak perasan. Bila buat show berapa kali wartawan hiburan kena kencing dan seolah-olah melukut tepi gantang untuk ditemuramah. Lambat bukan sejam tetapi berjam-jam.

Kalau nak tulis memang tidak cukup halaman. Entah apa yang dia berkenan sangat.

Datuk Seri Mohamad Ali perlu belajar yang terlalu banyak insiden penganugerahan datuk yang dicemari. Penyanggakpun boleh dapat datuk. Melaka dan Sabah merupakan dua negeri yang dikenalpasti mempersepahkan gelaran datuk. Apa nak jadi.( Kak Gee jangan marah....sbb Abg Lan pun dapat datuk dari Melaka)

No comments: