Thursday, October 9, 2008

siapa peduli

Petang semalam ada seseorang menelefon saya, bertanya mengenai majlis rumah terbuka yang diadakan. Saya dengan selamba beritahu, yang saya tidak tahu dan tidak pergi. Sejujurnya saya mengakui tidak begitu menziarahi saudara mara kebelakangan ini. Keluarga kami besar. Lagipun tidak lama nanti akan ada kenduri kahwin dan saya akan jadi mc, masa tu saya akan menjumpai mereka semua. Lagi adil.

Tetapi yang bertanya masih tidak puas hati dan menganggap saya sebagai anti sosial. Saya cakap yer, saya anti sosial selepas banyak insiden yang membentuk keputusan saya hari ini. Cerita yang terlalu panjang. Bak kata orang Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Apalah sangat untuk saya kenang dengan layanan terhadap saya. Persekitaran keluarga kami berbeza. Kebanyakan daripada mereka masih berpegang kepada nilai feudalisma. Berbangga pada nama, taraf dan kedudukan. Segalanyanya masih segar..dari usia 5 tahun sehingga dewasa. Kerana kelainan, saya dipanggil macam-macam. Anak Cina, anak Vietnam hanyut, dipulau dan sebagainya.

Insiden ditempis tangan oleh salah seorang pak cik sewaktu ingin bersalam raya di hadapan moyang, ketika berusia 17 tahun akan segar dalam ingatan. Ya saya maafkan mereka, tetapi kenangan ini akan saya ingat sampai ke liang lahad. Saya dikata tidak layak bersalam. Begitu juga kalau ada kenduri kendara, di kalangan ahli keluarga kami saya yang paling lambat dipelawa makan, itupun selepas dikerah itu dan ini. Segalanya dah jadi sejarah. Saya berjanji tidak akan lakukan perkara yang sama kepada orang lain, termasuk anak-anak mereka.

Apa yang pasti di akhir hidup Wan, dia mengakui saya antara cucu yang paling prihatin selepas cucu-cucu yang sebelum ini dia letakkan harapan tidak mempedulikannya. Seminggu sebelum Wan meninggal saya cium dan kucup dia. Saya masih ingat lambaian terakhir sewaktu saya menaiki kereta untuk pulang ke Kuala Lumpur. 15 Disember 2001, sehari sebelum Aidil Fittri, Wan mengadap Illahi, pergi dengan mendakap kain dan wang pemberian saya. Sewaktu orang lain bergegas balik, mereka lupa untuk memberitahu saya. Saya hanya diberitahu 2 jam selepas itu...Saya tidak dapat menatap Wan untuk kali terakhir. Bila saya sampai jasad Wan telah dikebumikan. Saya hanya mampu memeluk tanah yang masih merah. Air mata saya bercucuran. Tidak apa, janji saya kepada Wan akan ditunaikan, tidak akan membiarkan kuburnya ditumbuhi lalang. Setiap kali balik, saya akan ke kubur sedekahkan al Fatehah...

Di saat-saat sepi selepas 708 dikosongkan, satu tragedi yang membuatkan Wan amat marah. Dia mencerca dan tidak memaafkan salah seorang pak cik saya selepas mendapat tahu, pak cik berkenaan memanggil saya "anak perempuan pukimak". Selepas Wan meninggal, pak cik berkenaan datang dan memeluk saya meminta maaf. Saya maafkan, tetapi biarlah saya berada jauh dari mereka.

Begitu juga seorang kakak yang bergelar " Puan Sri". Ingatlah, segala yang dimiliki hanya sementara dan abang ipar yang bergelar" Tan Sri", belajar hormati orang lain dan hentikan lakonan. Selama ini tidak pernah satu sen duit awak saya ambil. Jangan perasan.!!!

Terlalu banyak untuk ditulis mengapa saya membawa diri di Aidil Fitri.

Lima orang anak saudara yang yatim piatu memberi saya kekuatan untuk lalui ini semua.








No comments: