Friday, October 17, 2008

senaman

Mungkin ramai yang sependapat dengan saya yang berat badan dapat dikurangkan sepanjang bulan Ramadan. Tetapi bila datang Syawal, mak datuk, naiknya membuak-buak. Kalau bulan puasa kurang 3 kilo, bulan beraya ni dia naik mungkin sampai 5 kilo lebih, mana tidaknya asyik ngap aja.


Sepanjang bulan lalu, berat badan saya turun kepada 65 kg, dengan ketinggian 178 cm, mengikut jisim berat badan, b-m-i, ia adalah ideal. Lagipun dengan masalah sakit belakang, saya kena jaga kalau lebih alamak....duduk sakit, berjalan sakit pendek kata, panjang tak kata, rasa tidak selesa sangat.


Dua tiga hari selepas puasa, saya perasaan perut saya semakin membesar. Ada sesuatu yang tidak kena. Terkejut badak saya bila pergi timbang, mak aiaiiiii dah cecah 70 kg. Ini tidak boleh jadi.


Sejak minggu lalu, hampir setiap hari pergi ke gym. Secara purata saya menghabiskan masa satu jam dengan membakar hampir 650 kalori setiap sesi. Tadi selepas seminggu, berat saya baru turun sekilo.


Saya berterkad, menjelang hujung bulan ini, ia mesti kembali kepada 66 kg. Mesti. Saya hairan kerana sejak raya tidak sampai 8 buah rumah saya ziarah. Macamana berat badan boleh naik!!! Baru saya perasan tabiat makan saya. Rupanya saya kembali kepada peel lama. Suka makan cheese dan makan malam.


Sejak dua hari lalu, saya tukar semula menu saya. Saya perlu pastikan pengambilan kalori harian saya tidak melebih 1850 kalori. Pagi saya mengambil segelas jus, semangkuk muesli dicampur dengan buah-buahan serta dadih. Tidak boleh tinggal secawan kopi. Secara rambang jumlah kalori tidak akan melebihi 550. Tengahari saya mengambil protin putih. Ayam kukus atau ikan masak asam pedas atau apa saha yang kurang lemak dan minyak...semuanya tanpa nasi. Sayur-sayuran perlu dilebihkan. Pastikan kurang garam. Ini lebih kurang 850 kalori dan malam saya ambik salad buah dan sayur-sayuran. Paling penting ambil air kosong sekurang-kurangnya 3 liter.


Saya juga kembali kepada tips. Antaranya, mengunyah makanan sebelum menelan kerana perut kita mengambil masa 20 minit untuk menghantar isyarat ke otak yang ia telah kenyang. Jika lapar lagi, minum segelas jus kerana segelas jus, misalnya jus oren ia bersamaan dengan tiga biji. Jadi pastinya ia akan mengenyangkan.


Bagi saya segalanya bergantung dengan diri sendiri untuk mengawal berat badan. Mungkin ada orang selesa dengan badan besar dan gemuk. Biarlah mereka. Tetapi pesan Kung Fu Tze makan untuk hidup atau hidup untuk makan?. Tepuk dada tanya selera. Paling penting makan ikut keperluan dan bukan kemahuan, jangan lupa lakukan senaman.


Saya percaya dengan perubahan gaya hidup, kenyataan melakukan senaman 3 kali seminggu selama 45 minit, tidak lagi relevan.

No comments: