Tuesday, October 28, 2008

Kipas Oh Kipas


Pembodek ada di mana-mana. Dikenali dengan pelbagai nama popular antaranya, tukang kipas. Di beberapa organisasi spesis ni mampu berkembang dan tahan lama. Tukang bodek atau tukang kipas ni akan berkembang subur apabila bos tak perasaan. Modal mereka yang paling bisa, cucuk sana cucuk sini. Yerlah nak cari makan. Kalau tidak payah nak hidup.


Mereka ni kalau bercakap dengan bos, mak ai bukan main sopan, halus susun bahasa pendek kata penuh berhemahlah. Tapi kalau dengan mereka yang dijadikan mangsa atau lauk mula nak tunjuk kuasa.


Saya enggan mengulas panjang mengenai isu ini. Siapa yang makan cili dia akan rasa pedas. Betul tak? Ada beberapa tips untuk mengelak daripada terjebak dengan politik golongan yang tak bermaruah ini. Awas mereka boleh jadi kawan rapat dan juga boleh menjadi musuh paling jahat.


Beberapa Tips mengenal pembodek di pejabat
1. Suka keluar masuk bilik bos, bila keluar mulalah lubang hidung besar ekzos kereta waja.

2. Rapat bila senang, dalam kes kritikal sanggup berhujan berpanas konon nak tunjuk setia.

3. Suka menyampuk orang bercakap, walaupun tak faham sepatah haram apa orang duduk bincang.

4. Berlagak pandai walaupun hamprak, bagi idea tetapi ala-ala mat jenin sebab pengetahuan setakat dalam pinggan.

5. Berjalan dengan mata melilau ke kiri dan ke kanan dengan harapan ada orang menyapa buat apa dan nak ke mana.

6. Suka cakap kuat-kuat dengan harapan orang perasan

7. Suka bandingkan si A dan si B atau sesiapa sahaja. Nak cari kredit katakan.

No comments: