Wednesday, October 29, 2008

Rumah Terbuka

Siang tadi jabatan di mana saya bekerja mengadakan Rumah Terbuka. Bermula jam 12 tengahari, pelbagai juadah yang lazat dan enak disediakan. Sebagai orang bujang saya diberi tanggungjawab mencari ketupat daun palas. Tidak susah mencari, pergi saja ke TTDI. Saya beli 100 biji dengan harga 70 sen satu.


Sebaik sampai ke pejabat dalam jam 1030, segalanya rancak dihidangkan. Pelawaan bos supaya mencuba ayam kampung goreng berempah Sari Ratu tidak saya tolak. Dalam diam sempat ngap 2 ketul. Sedapnyer tidak terkira.


Sebaik majlis bermula, terpandang nasi dagang, tapi bila mencuba ia tidak menepati piawaian yang sepatutnya. Nasi dagang perlu dikukus dan berasnya tidak patah dan tidak pecah. Jika ini berlaku, orang Terengganu memanggil " Pecah Perut". Ia dianggap tidak menjadi dan dikira gagal.


Bila menoleh...wau ada Mee Rebus Baidali@ Haji Wahid. Sebelum ini saya pernah beritahu kawan saya yang teringin nak makan mee rebus di Hartamas. Tetapi dia kata dah tutup...wallahuaklam. Bila saya tanya yang berkenaan, dia jawab warung kat situ tidak pernah tutup. Tak apa, yang penting hari ini saya dah dapat tala perut saya dengan mee rebus.


Kambing bakar...wowww sesuatu yang tidak dapat saya tolak. Makan lagi.


Saya berhenti apabila ramai tetamu datang termasuk kawan-kawan lama. Ha ha ha ingin comolot dengan Kak Dini tadi(...sekarang dah jadi Setiausaha Akhhbar kepada Datuk Ismail Sabri) tapi orang ramai, jadi kenalah hormati majlis. Dengan Kak Gee dari pejabat TPM sempat cium tangan. Dia saya anggap macam mak cik.


Kemeriahan semakin rancak apabila kawan-kawan dari perhubungan awam TNB datang. Perut dah sengkat. Makan lagi meneman member-member. Tetapi ada sesuatu yang kurang. Sejak pagi saya tidak minum kopi. Akhirnya saya bawa geng ke OU...semata-mata untuk seteguk kopi. Baru rasa sempurna hidup.


Hari ini menjadi hari paling banyak saya makan sepanjang tahun ini. Mulanya saya rasa tidak selesa mendengar lagu raya yang syahdu. Ingin melarikan diri. Tetapi pujukan kawan-kawan menyebabkan saya akur, biarpun pada mulanya saya berpura-pura ceria. Usikan, gurauan dan sembang akhirnya berjaya mempengaruhi saya melupakan seketika "kenangan di aidil fitri".


Bila semua tetamu pulang, saya termenung.....terlalu banyak persoalan dengan jawapan yang kurang.


Paling tidak saya telah lakukan sesuatu untuk menceriakan orang lain walaupun jah di sudut hati ada sesuatu yang berat saya tanggung. Biarlah saya simpul dan bawa ke liang lahad.

Untuk menebus keghairahan makan saya perlu ke gym. Semalam saya work out dengan membakar lebih 750 kalori. Malam ini saya tingkatkan lagi dan kena cecah 1200 kalori...wajib dan tidak ada kompromi.








2 comments:

Anonymous said...

meleleh air liur baca entri ni...malaysia mmg syurga makanan...ni yang x sabar nak balik ni(padahal baru sebulan smpi sini..)...cepatla masa berlalu

panglipurlara said...

kam ana uhib al asir...makrunah makli wa ghairaha...khususab as salatah, as syah wal gargil.

Mumkin fi wakti ukhra...komen (ana nasit ma mufradat komen)fi lughatil arabiyyah.

Maa salamah