Monday, October 20, 2008

Kerja Oh Kerja

Kerja di hujung minggu amat menyeronokkan. Selain tidak banyak mata dan telinga, suasana di pejabat tidak sekecoh hari biasa.


Menjelang petang, saya dan salah seorang kawan yang telah lama menjadi penerbit tiba-tiba bercerita mengenai perhimpunan sempena Hari Raya.


" Tadi aku jumpa kawan-kawan aku, ramai dah jadi VP dan lembaga pengarah. Aku jer yang seket".


Saya menjawab, itu rezeki dia. Esok atau lusa siapa tahu rezeki kita. Saya cuba menyedapkan hati saya dan hati dia. Kami pernah jadi rakan serumah, pasti banyak berkongsi cerita mengenai kerjaya.


Kami sependapat, dalam dunia pekerjaan yang diceburi banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan pangkat dan gaji. Itu yang dikatakan politik pejabat.


Dalam nada kecewa tiba-tiba dia bersemangat semula selepas isterinya memberi nasihat yang cukup bagus. " Jangan pandang atas, pandang bawah".


Saya sendiri selepas berbelas tahun bekerja dengan ijazah sarjana muda kepujian kelas dua atas, gaji masih tidak melepasi 4K. Sesuatu yang boleh menyebabkan rasa rendah diri jika dibandingkan dengan orang lain. Bayangkan budak SPM boleh jadi pengurus dan gaji yang jauh lebih tinggi. Tinggallah profesionalisme dalam skroll.


Saya memberitahu yang tidak akan lama dalam bidang ini. Ada 13 bulan lagi untuk merealisasikan apa yang didamkan. Selama ini untuk menampung pendapatan, saya perlu buat pelbagai kerja sampingan.


Mungkin juga rezeki saya bukan di organisasi ini dan tanah yang saya pijak tidak lagi bertuah.


Sesekali bila mengenangkan perjalanan hidup dan ketidaktentuan kerjaya, ia mengundang rasa terkilan.


Apapun perjalanan masih jauh. Jangan putus asa.


1 comment:

Anonymous said...

Dude, don't give up! Money is not everything but with money you can do lots of thing. Like you said... maybe its not here, not in this country... go and explore other oportunities.... don't wait for something that is uncertain... but don't just do it because of money... cause if you do, you will surely regret one day... cause for me in work, you need to enjoy the work that you're doing, then only your life will be more meaningful, going to work without dragging your own feet... GOOD LUCK dude!