Monday, February 23, 2009

Kejujuran

Kejujuran adalah nilai asas dalam semua perkara pokok. Kejujuran yang terpancar dari hati akan mempengaruhi tingkah laku manusia. Biarpun nilainya sering dibiaskan dengan pelbagai lakonan, hakikat kejujuran akan dapat dinilai oleh faktor waktu.

11 tahun dulu, kerana tiada lagi kejujuran, apa yang dimpikan hanya sekadar menjadi sejarah kepada hari ini. Segalanya musnah kerana kejujuran tidak lagi berada di landasan yang sepatutnya.

Seakan badi...satu persatu kasih yang tidak kesampaian terkandas dan menjadi tragedi kerana tiada nilai kejujuran.

Saya tidak pernah serik untuk berlaku jujur dalam apa jua perkara dan dengan sesiapa sahaja apatah lagi dengan insan yang istimewa di hati., tetapi bila dikenangkan, kejujuran juga yang mengundang kesengsaraan.

Naifkah saya apabila terus mempertahan kejujuran atapun manusia di sekeliling saya mengambil kesempatan dengan nilai itu? sehinggakan terus dipermainkan.

Sebagaimana kesetiaan dan keikhlasan, saya tidak sanggup korbankannya walaupun derita yang ditanggung terus memamah hati....

Saya redha dan akan membawa ke mati.

Mungkin takdir saya begini berdepan dan diuji dengan mereka yang tidak menyanjung kejujuran. Mereka terpana dengan hipokrasi.

Kepada yang tidak tahu menghargai nilai ini, satu masa akan tahu makrifat dan nikmat kejujuran. Kala itu mungkin telah terlambat....kerana kita berada di alam lberbeza.

1 comment:

sapesapejelah said...

"11 tahun lalu,kerana tiada lagi kejujuran, apa yg diimpikan hanya menjadi.....", jika org yg kita sayang tidak pernah berlaku jujur, dia sebenarnya tidak layak utk dikenang, apalagi setelah 11 tahun berlalu. Nyahkan dia yg tidak jujur itu dari ingatan, dia bukan dari golongan org yg baik2 utk terus diingat. Dia hanya fikir dirinya bagus sangat permainkan perasaan org. Biar dia dibalas atas ketidakjujurannya itu.Terimalah cinta lain yg lebih murni dari 11 tahun yg lalu.