Saturday, January 17, 2009

Misi

Hari ini...masuk hari keempat saya berada di bumi Firaun. Panggilan yang paling sesuai kepada penduduk di sini yang suka mengencing orang asing. Negara yang kaya dengan penipuan dan rasuah.

Percubaan saya untuk memasuki al Aris masih tidak berjaya..karenah birokrasi yang melampau. Arab ini satu bangsa yang perasaan dia yang bagus. Saya tidak menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi, tetapi kerana menggunakan slanga standard @ fasahah, saya sering ditipu. Mereka bercakap dalam bahasa pasar. Cinabeng betul Arab ni.

Kalau naik teksi yang harga 10 geneih...nanti dia minta lagi 5 geneih. Itu mujur 10 geneih...jarang dapat tambang murah macam tu. Mesti 30 geneih ke atas walaupun jarak tidak sampai 10 km. 10 geneih bersamaan 6 rm.

Saya ada tujuan di sini. Melakukan tugasan yang besar selain membawa perasaan. Saya tidak pandai bermain kata, saya ingin menjadi manusia yang jujur. Saya harap selepas pulang (itu janji saya) masih ada peluang dan keadaan akan memihak kepada saya.

Mungkin esok atau lusa saya akan mendapat kebenaran memasuki al Arish atau Gaza.....saya akan tumpukan sepenuhnya pada misi ini.

Kata2 Yzmier dan Esah Maria " departured as one piece and come back as one piece"....akan saya ingat. Terima kasih.

2 comments:

SangMentari said...

Teruskan bro Razali, kita gempur mereka..

Perkataan 'mengencing' itu membuatkan saya ketawa, tergolek-golek tidak sudah...amat sesuai diletak di situ..haha

~young mango~ said...

itulah realiti orang mesir...6 tahun di sini banyak mengajar sy erti sabar dan tidak mudah mengalah..hak kita kena kita pertahankan..kalo perlu gaduh dengan pakcik teksi tu,gaduh lah...hehe:-D

btw,bro razali di cairo atau sudah di arish?